March 30, 2011

kisah benar dalam rupa carpen chyumil.(sambungan cerita hantu mak limah?)


Tengah hari itu angin tiup sepoi sepoi bahasa, 
Bahasa pon tak selembut angin yang bertiupan pada tengah hari itu.
Aku hanya duduk statik, tak pandang kiri atau kanan.
Konon konon takut kena ngurat. haha
Satu posisi yang sungguh menunjukkan keayuan wanita bugis aku pada petang itu. I siap pakai baju kurung time tuh nyah oiiii!!
malu..
Sebab baru balik keluar dari hospital dengan ber-image rupa macam gaya seorang doktor.

Aku ingat lagi pada waktu itu, sisa sisa terakhir aku berada di hospital tawau untuk buat attachment aku.
Aku duduklah dekat perhentian bas, menunggu pakwe aku datang amik aku balik dari hospital sebab aku nak gerak g dating di kabota square. Patutnya shift keluar hospital jam 5 petang. Waktu pejabat.
Tapi aku nak larikkan diri dari hospital, baru tengah hari aku dah semput ikut Doktor yang tengah HO. (nampak sangat taraf stamina aku nie lembik semacam)

Tapi pakwe aku tuh tak pandai pandai sampai lagi. Penat dah aku control keayuan darah bugis aku nie.

Treet treett..
*kunun kunun bunyi vibrate*

Wei ko kat mana nie weii? Hangus sudah jo aku nie menunggu ko tengah tengah hari nie!!

Hehe, aku gi amik aku dari skolah bha tadi tuh, ko tahan lama sikit boleh?

Haaa? Kenapa?

Aku mo singgah rumah berak dulu nie, baru aku amik ko pastuh kita keluar boleh? Hehe

Bha bha, p lah ko berak dulu. Aku tunggu ko di bus stop yang dekat rumah mayat nie, ko lalu jalan yang p balai polis tuh aa.

Ok bos!byee

Byee..

Jadi sambung lah aku termenung.

(details gilak cerita aku nie, sebab kunun2 nak buat ala ala carpen) hehe

Suatu suara menyapa tua garau garau basah.

Jam berapa sekrang nie nak?

Baru jam 12.30 tengah hari nie mak cik.  (actually nenek2 tapi kalau aku panggil nenek mcm kasar plak, jaga hati katakkan)  mak cik tunggu anak mak cik?

Ndak lah nak, mak cik ada appoiment sama doktor.

Jam berapa mak cik?

Jam dua nanti.

Aik, lama lagi tuh mak cik. Lama lagi tuh, baik mak cik balik dulu. Sempat lagi rehat rehat di rumah.

Ndak pa lah nak, mak cik ndak mo susahkan anak anak mak cik. Ndak lama lagi tuh.

Mak cik datang hospital kenapa?

Ohh mak cik ada darah tinggi, tadi sudah check tapi diorang mo rehat pastuh diorang suruh datang balik jam 2 nanti.

Berapa tekanan darah mak cik? Ok ka?

180 kalo ndak silap mak cik.

Haaa? Kira tinggi bha tuh mak cik! Napa ndak bawa anak anak mak cik sekali teman mak cik. Boleh pengsan tuh!

Diorang mo rehat di rumah, diorang kata ndak pa jugak mak cik kalau p seorang.

Mak cik pergi lah rehat di dalam, ada tuh kantin. Pergi mak cik makan makan ka dulu di sana, sejuk sikit.

Ndakpa lah nak, mak cik puasa.

Aik, kan mak cik sakit. Main mak cik pergi puasa.

Kan hari khamis sama isnin puasa sunat, dapat pahal sunat.

Sunat jak kan mak cik, bukan wajib. Tuhan paham jugak tuh. Kalau kita berniat mo puasa tapi tak dapat, kita dapat pahala jugak tuh mak cik.


Bukan apa nak, buat bekalan nanti,  arwah suami mak cik selalu pesan suruh puasa sunat. Kita tak tahu bila kita akan pergi.

*aku terdiam, aku yang sihat walafiat nie puasa ganti pon tak habis lagi, apatah lagi puasa sunat, mata aku tunduk ke bawah memandang selipar yang aku pakai. OK FINE! SELIPAR AKU PAKAI SAMA MACAM MAK CIK NIE PAKAI! Terus aku masukkan kaki ke bawah bangku perhentian bas, tiba tiba aku tersenyum sorang sorang. Patutlah mak cik aku tegur aku, dia sedar aku punya selipar nie sama macam dia kalik. Sebab 1st day attachment kena marah sebab pakai high heels, tuh aku pergi berselipar jipun jak*

mak cik kerja apa?

Jaga cucu jak di rumah.

PON PON PON!! PONDAN!

*bunyi hon, bunyi pondan tuh adalah gimik semata mata*

Err, mak cik jaga diri! Kawan saya datang tuh. Minta diri dulu. Mak cik jaga diri. Assalamualaikum mak cik.

Waalaikumsalam nak.

Aku hayunkan kaki masuk ke dalam kereta pakwe aku.
Sepanjang aku cuti darurat, banyak kisah orang yang aku tak kenali aku dapat sebab aku buat aktiviti merayap di bandar tawau.

Bagi aku cuti “darurat tergempar” nie banyak mengajar aku.

Untuk tengok cerita korea sampai bosan dan rindu ke kuliah! Haha

ok! tak!

Aku pandang,

“makin tinggi seseorang tuh bergerak dan berada, makin dia pandang rendah pada orang orang lain”

Aku tak nak suatu hari nanti aku berubah jadi macam tuh.
Aku tak nak ubah pada seseorang yang aku sendiri tidak kenal. (itulah aku buat entry : surat untuk suami aku tuh, supaya  ingatkan aku pada diri sendiri)

Kerja doktor pulak tak sesenang seperti yang aku sangka kan.

Aku belajar supaya lebih menghargai dunia.
Aku belajar supaya pandang lah orang yang sayang aku.


Ps : date tuh bukan ngn jantan! Ngn perempuan. Lol dalam hidup aku dengan satu orang jak aku betol betol ada date yang sebenar.

Ps2 : harap harap mak cik tuh sihat! Amin.

Ps 3 : saya rindu tawau.

Ps 4 : mak limah tuh sapa? siap ada hantu hantu, napa aku tak kenal? choii~ takda kaitan sama hantu pon. saja bagi saspens. :D

Dua hari lagi dari sekarang.
Selamat tinggal semua?
J