March 26, 2011

surat untuk suami??


kehadapan bakal suami ku yang entah di mana anda berada sekarang.


Hi abang! Ohya lupa bagi salam dulu, assalamualaikum suami i. Hehe, walaupun kedudukan geografi abg sekrang i masih lagi clueless tak tahu di mana, tapi surat ini i tulis khas for u abang. I tulis dengan sepenuh hati i! Romantik tak?romantik tak?haha,mesti abang terharu. Kan kan kan.Haha. Ok ok i bukan nak buang tebiat nak tuliskan surat untuk u tiba tiba, tapi i tulis nie sebab i nak u tahu mcm mana perangai isteri u ketika zaman muda mudi dia. (yakni sekrang ketika i 21 tahun). Mungkin kita akan ketempu sehari, dua hari, setahun kemudian maybe? Atau 10 tahun lagi selepas i tulis surat ini. Tapi abang jangan lah amik masa lama sangat sampai 10 tahun bang untuk jumpa i! I nak kawin awal nie, i nak anak banyak banyak. Hakhakhak. Tapi ada kemungkinan jugak kita sudah kenal waktu i tengah tulis surat nie? Mungkin mungkin.

Dear abg,
I nak abang tahu yang i nie bukannya tarer memasak seperti wanita wanita melayu yang lain, sebab i bangsa bugis bang, jd tuh lah i serba pelik unik sikit nie. Hehe, i kalau abang nak makan apa, abg sebut  saja  menu & perasa apa,InsyaAllah semua  jenis megi perasa apa jua yang abg mahu i pandai masak.hehe. Acah je bang, i nie pandai masak lah jugak tapi kalau nak kata pro tuh, tak lah setarer chef wan, tp abg kena tahan hati lah sbb i nie jenis suka masak masakkan experiment, makanya makanan yang selalu i masak abg  takkan jumpa kat mana mana kedai, kadang kadang sedap kaw kaw punya tapiiiii kadang kadang tuh tak jadi jugak. Tapi dalam banyak banyak kerja kat rumah, i paling suka bab bab masak memasak nie bang. Kalau bab2 buat kek, sejak tahun 1 i dah try buat kek, result dia semua rentung bang. Ada hangus kek tuh, ada plak kek jd buncit, tapi kan bang cuti darurat hari tuh i berjaya buat dua bijik kek!! Kek coklat dengan kek pisang, dua dua sedap. Hikhik bukan nak puji diri sendiri lah bang, tapi i tell u menjadi kek tuh!! I Happy sangwat2 (sila baca ayat nie dengan nada tergedik yang abang boleh bayangkan) dan benda pertama i nak bg abg makan time kita dah kawin nnti tuh adalah cucur pisang! Wakakaka, sebab hari tuh i belajar buat cucur pisang, tak pandai menjadi jadi, dok rasa pelik bebeno je bang, oleh yang demikian i dah decide “cucur pisang adalah benda 1st i nak bg suami i makan” . Nanti kan cucur pisang dari i yer bang. Haha :P

Oh my honey!
                Oh honey dew ku~  kalau kita berjalan jalan ke mana mana, mesti kita akan menarik perhatian orang ramai. Haha. Tahniah abg telah berkahwin dengan antara wanita paling hot di malaysia hehe. Bukan sebab isteri abg nie hot semacam, tapi tapi tapi di sebabkan suara dia besar mengalahkan speaker, kadang kadang ada jugak kenyaringan yang bisa mengegarkan tahik telinga manusia manusia yang mendengar suaranya. Maaf bang, i nie jenis banyak cakap dan suara besar, ini antara benda i nak try ubah, tapi nak buat macam mana, macam payah pulak i nak tukar. Tp i dah bertekad bang, i nak slow kan sikit volume suara i nie. Hehe, kang bila jadi doktor nnti risau pulak i pesakit pesakit i mati terkejut sebab suara doktor tuh besar semacam sampai begegar jantung orang yang lemah jantung. Hikhik.

                Sorry bang! I ada banyak kawan lelaki (umur 21 thn) bukan nak kata kawan lelaki tuh lagi ramai dari kaum kaum hawa, tapi rasanya macam dekat je peratusan dia. Sebab bini u nie jenis yang peramah tak bertempat bila dah terkena rasuk terstimulate untuk bercakap. Dan satu lagi bini u nie kasar semacam dari wanita wanita biasa, mungkin disebabkan faktor tuh jugak i ketika muda mudi banyak kawan lelaki, kadang kadang bini u nie pon sendiri terkonfius rasa diri dia lelaki ke perempuan. Hikhik.Tuh yang sebab i nie mcm ramai lah jugak kawan kaum bertentangan jantina. Nie lagi satu perangai i nak try ubah. Dari tahun lepas lagi i dah cuba kurang kurangkan, tapi macam takda effect lah pulak bang. Harap harap di masa depan nanti i berjaya. aminnnnnnnnn

Oh abangku,
                Tahukah anda bahawa isteri anda nie seorang yang manja? Hehe, kat perenggan atas i cakap diri i nie kononnya kasar, tapi #theuglytruth is bini u nie manja tapi biar manja i nie u je rasa. Hahaha.(i sendiri geli dgr ayt nie) Sebab i pilih orang nak bermanja, :”> sehari sebelum i balik mesir hari tuh mama suap i makan di restauran hampir semua orang dalam kedai perhatikkan bini u nie, sebab i suka makan bersuap! Hahahaha.  (mcm keturunan raja)Terserlah kegedikkan bini u disitu. :D

                Satu lagi bang! Bini u nie rajin bergaya ketika zaman muda mudi dia! Haha. Tuh lagi sifat yang tak dapat dielakkan, sebab i belum jumpa u lagi, tuh i dok bergaya sakan! hehe

                Nanti kan, bila kita dah kawin kan bang kan, cukuplah kalau abang solat 5 waktu menegur dan mendidik bini u nie hingga ke syurga (wakakakaka maluuuuu tulis ayt nie).
 tapi dalam sehari tuh at least kita solat jemaah sama sama sekali atau dua kali sehari boleh? Dan makan malam atau makan tengah hari mesti sama sama. Hehe, request kepada u nie before i jumpa u! Haha.  Sememangnya bini u adalah gedik dari muda. Itu fakta yang tiada tolak bandingnya. Haha

                Salah satu sebab lagi kenapa i tulis surat nie sebab i nak u tengok dan kenali bini u yang dulu dulu, seandainya i panjang umur, kita akan berjumpa. J sebab manusia berubah, i yang u kenal waktu u baca nie mungkin berbeza dari apa yang i tulis nie, sebab masa akan mengubah seseorang, yer dok? i harap i tak bertambah gedik dan bertambah teruk dari diri i sekarang nie.


Ini gambar i dengan anak kita. HAHAHAHAH
Comelkan anak kita. Mcm orang putih gituew kan bang kan kan.. hahaha


Kidding! Haha.
Mcm mana i aada anak kalau belum jumpa u.
Gambar nie i amik time petang i terfikir nak tulis surat kepada u.
Harap harap muka anak kita comel budak nie :D


26th March , 2011,

Isteri yang kau tak jumpa jumpa lagi,