April 05, 2011

aku benci kau.


Aku benci kau sebab aku yang tak tahu malu nie akan jadi pemalu bila berdepan dengan kau.
Aku benci kau sebab bila bercakap dengan kau lidah aku kelu.
Aku benci kau sebab aku yang konon bernafsu buaya untuk makan nie, bila berhadapan dengan kau selera makan aku boleh mati.
Aku benci kau sebab kau boleh buat aku ingatkan kau sentiasa.

Aku paling benci kau.
Bila kau muncul dalam mimpi aku, aku rasa macam tak mahu bangun dari tido.
Kau buat aku tachycardia walaupun hanya muncul dalam mimpi.
Aku benci kau, walaupun aku terserempak bukan dengan kau tapi kawan kau,itu pun mampu buat aku gelisah.
Aku  benci kau kerana setiap kali nak jumpa kau aku akan rasa macam nak terberak atau termuntah.
Aku  benci kau kerana kau cuma amik masa sebulan untuk buat aku ingatkan kau selama 5 bulan.

Walaupun kau dah lesap dari mata aku, tapi tolong lah lesap dari minda aku.

I’m begging u.






There are some things that are just not worth rushing, especially something that you wish would last forever.