April 17, 2011

aku orang BUGIS DOH! bukan orang ARAB.


ini bukan gambar hiasan.



Sila bayang aku tengah berpakaian seperti tertera dekat gambar di atas.
comelkan aku? hehe

 

Hari jumaat yang lepas, yakni baru je semalam.

Aku dengan lenggok comelnya pergi ke bank HSBC sebab duit aku dah habis,
maknanya aku nak kena cucuk duit dekat mesin ATM.
Dekat depan mata aku ada dua minah arab tengah berbaris untuk cucuk duit. Terpaksa lah layan blues sorang sorang sementara menunggu turn aku plak yang cucuk duit kat mesin atm.

Dengan lekanya aku termenung, tetiba aku terdengar segerombolan suara garau garau lelaki melayu kat belakang aku.
Ok kalau segerombolan mcm terlampau ramai plak.
Lebih kepda sekumpulan lelaki tak seberapa nak macho, err...macho sikiit lah kat belakang aku.
Mereka berbaris belakang aku.
Mereka dengan rancaknya bercerita.

Terpaksa lah aku control ayu. 

Dah hbs turn aku cucuk duit.
Turn diorang lah plak untuk cucuk duit.
Belum sempat aku beredar, terus mereka melekat kat mesin atm tuh, mcm tak sabar nak cucuk duit.
Tiba tiba dengar suara one of the guy cakap.

”eh, asal HSBC dia bahasa melayu plak”
“laa, kat mesir skrang nie HSBC mesir dah bahasa melayu doh takkan ko tak taw?”


(actually tak pon, settings kat bank tuh ikut kad kita, kalau malaysia dari malaysia dah setting bm, bm lah dia, kalau english, english lah dia, hebatkan HSBC... hehe)

Sebelum aku beredar dari bank tuh.
Aku toleh ke belakang.

“saya orang MALAYSIA LAH!”

“HAAA?? Ye ke?”

Aku tak jawab pon. Terus senyum dah hanyunkan skirt aku dah jalan.

Hahahaha.
Macho tak style aku?



Minggu lepas pon aku gi kuliah pakai baju yang sama macam kat gambar.

Sebelum masuk ke dalam kawasan universiti, selalunya abg abg yang menjaga kat pintu kena check dulu kad student pelajar uni before masuk uni, kecuali PELAJAR MALAYSIA. Sebab pelajar malaysia yang masuk konfem2 lah student.

Jadi nak dijadikan cerita. Abang abang kat pintu pagar tuh tak bg aku masuk.
Minta kad jgak. aku jawab...
“ANA MALAYZIE”
Still dia berkeras jugak minta kad.
(kebetulan aku tak bawa kad.hehe)

“AKU ORANG MALAYSIA DOH!”

HAMBIK KAU hilang ayu aku yang pakai skirt. Terkesima terus abang arab yang tak paham tuh.



takpalah kalau orang terkonfius aku orang arab pon.
tapi still.
aku tak nak kawin ngn orang arab.
no no no