April 10, 2011

ANTARA TIGA JEJAKA AKU PALING SAYANG DIDUNIA


Antara tiga jejaka yang aku paling sayang di dunia.


Jejaka satu.
Diantara ketiga tiga jejaka. Jejaka inilah yang paling kacak. Dan macho. Dan comel.
Mata besar, kulit putih.
Tapi dialah jejaka yang paling pendek antara ketiga tiga jejaka ini.
Bila balik cuti hari tuh, everyday aku akan solat jemaah dengan dia.
Dah macam rutin harian masa cuti.
Tapi nak dekat minggu minggu terakhir tuh aku ABC (ALLAH BAGI CUTI)
Jadi nak dijadikkan cerita...

Sayang : napa dah tak solat sudah?
Me : cuti. *sambil senyum senyum lembu*
Sayang : cuti apa?
Me : every month, Allah bagi cuti Khas untuk perempuan jak. Lelaki takda.
Sayang : haa? Cuti pergi mana?
Me :takpa lah sayang.                           

Jejaka ke dua.
Nie paling playboy antara ketiga tiga.
Everyweek jak tukar girlfriend.
Mengalah kan playboy. Betol.
Hari tuh balik kat mesia terkantoi nampak dia tengah berdating ngn awek dia.
Awek yang “baru” lagi. Bukan yang dia tengah in relationship kat facebook.
Tapi bila tengok awek dia, bagi pendapat saya, CUN lagilah kakak dia dari awek dia.  hehe
Dan hari tuh call mama.

Mama : minggu nie baby tukar girlfriend lagi.
Me : haa? Oklah tuh. Mama marah ka?
Mama : yerlah.mana tak marah.
Me : kenapa? Sebab dia selalu tukar girlfriend ka?
Mama : tukar girlfriend tuh mama tak kisah, kalau call girlfriend guna kreadit sendiri takpa, nie kreadit mama yang habis.

Jejaka 3.
Hari nie hari jadi BELIAU.
Ok BELIAU lah yang paling TUA.
Tapi selalu PERASAN muda.
Kalau zaman nenek moyang kita, umur jejaka TUA nie memang dah cukup ada anak paling kurang pon 3 orang.
Haha.

Tadi aku call dia,

Me : abang adik nak kawin. Ehh salah salah, kawan adik nak kawin.
Abang : baguslah.
Me : jadi maknanya cuti nanti adik banyak lepak kat KL. Sebab kawan kawan adik jarang yang kawin.
Abang : tunggu lagi 5 tahun, nanti banyak lah tuh kawan adik dah kawin.

tak jadi tektik mintak kesian kat abang sendiri untuk dapat tiket free gi tanah melayu

ENTRY nie khas utk orang tua tuh punya bday.

adk nak tunjuk kat abg gambar bilik adik! :P

ahaha

dressing table cipta sendri dari kotak makanan. haha
sila jangan fokus pada muka yang #syoksendiri


orang arab kawin, tapi time nie tetamu belum tiba lagi.
dekat dance floor



lampu.
*takpayah caption pon tahu*


meja belajar adik. hehe

kek kawin arab.
serius pelik kan?
-__-"



jejaka 1 : adik bongsu aku.
jejaka 2 : adik lelaki aku lagi.
jejaka 3 : the one & only abang.

rindu rumah.


ps : rindu adik perempuan aku jugak, mama & papa.