May 08, 2011

dear en blog :)


Dear encik blog,

                Sudah lama aku tak bercakap dengan kau menggunakkan jiwa aku, luahan aku pada kau sekarang lebih kepada kiasan, lebih kepada teori teori falsafah falsampah  yang aku cipta dan terfikirkan sendiri. Kalau dulu, kau lah ruang aku lepas kan amarah aku, ke-maki-an aku dan ke-emo-an aku, ke-angau-an aku. semua yang aku rasa. Tapi sekarang macam berat hati aku ingin mengarang apa yang sebetol betolnya lahir dari jiwa aku.

                Kau tahu blogie, hampir sebulan lebih sikit aku cuba tahan diri aku, menyepikan diri dari dunia. Ya aku cuba buat diri aku lesap dari orang yang berada jauh dari mata aku. Aku tidak on facebook, ym dan skype. Sumber untuk berhubung dengan dunia luar. Satu langkah yang drastik bagi diri aku sendiri. Aku cuma layan blues aku di depan twitter, tempat aku melepaskan kebosanan aku ketika menghadap laptop. Sedangkan hp aku sendiri sekrang aku biarkan terdampar sampai berhabuk, sampai tak tertop up. Cukup aku gunakan sekadar untuk menjadi alarm aku bangun subuh.

                Aku tak tahu blogie macam mana mahu wawarkan pada kau apa yang terjadi pada aku sekarang. Kau tahu perasaan yang kau mahu meluahkan segala beban yang berat ada di dada kau, tapi satu ayat pon macam tak terkeluar dari tekak kau. Seperti takda kata kata yang tepat boleh mengambar kan apa yang kau rasa. Bila orang bertanya kenapa aku deactivate kan facebook? aku konon lah akan berkata aku mahu belajar. Tapi aku tetap hadap laptop, habiskan drama korea dan drama orang putih yang penuh dalam hardisk aku ini.

Kalau dulu, aku paling anti bila ada orang debate kan pasal facebook membawa keburukkan, dan aku akan gunakkan hujah “biar kita guna teknologi yahudi diorang tapi dengan teknologi diorang nie kita cuba lawan diorang, amik manfaat”  tapi aku dapat rasakan aku semakin menjadi “hamba” kepada fb, bangun pagi nak hadap, before tido nak hadap. Tak ke durjana hidup aku macam tuh. Kalaulah aku amik purata seharian aku at least 6 jam untuk hadap benda alah tuh, bayangkan dalam setahun aku dah hbskan 3 bulan aku hadap facebook, Dalam masa 10 tahun aku akan habiskan 2 tahun setengah hidup aku menghadap facebook.itupon kalau aku amik peratusan 6 jam, kalau aku guna lebih dari itu?  Hujah nak lebat, tapi last last aku nie mcm konon hamba facebook.  

                Sejak masuk tahun tiga nie, aku banyak mengambik langkah menguriskan hati hati orang yang aku sayang. Aku buat mereka menangis dengan langkah bodoh aku.

                Oh Blogie, aku tulis email  pada dia, dia yang manusia banyak aku wawarkan dalam kau, yang aku karangkan kepada kau tapi lebih kepada bentuk berlapik lapik. Aku cuma mahu berhenti kenangkan dia, aku mahu berhenti ingatkan dia. Kalau ada jodoh, aku mungkin bertemu lagi dengan dia, kalau tidak biar dia berlalu menjadi salah satu episode dalam hidup yang akan aku kenang. Mungkin aku hilang dari dunia aku sementara waktu ini kerana aku ingin lupakan dia. Blogie  kalau aku bertemu dengan dia, biar kerana Allah, benda yang ada di masa hadapan aku berserah pada Allah yang aturkan.

                Sekarang aku ingin tegak kan balik mana yang bengkok, isi balik ruang yang terbiar kosong. Aku tak mahu di malam hari aku pejamkan mata aku untuk tido aku biarkan hari aku berlalu tidak bermakna. Manalah aku tahu, esok aku tidak menjelma lagi.

aku undur diri dulu blogie, malam nie aku jd mc untuk bengkel revision.

bye bye.