May 16, 2011

the end.


selamat malam mesir.
Dan selamat pagi tawau.

Esok bermula lah musim mengawan, musim jiwa kacau, musim orang main lompat lompat bintang, musim orang sakit pon bermula. Atau dengan ayat lagi mudah nak di faham, esok bermula lah musim peperangan bagi pelajar zagazig.

Ok masih lagi tak faham?
Esok exam bermula, bagi tahun tiga & dua pelajar perubatan Zagazig. Tahun 1 dah mula lagi dari minggu lepas lagi. Time bila dah musim nie, memang betol cakap orang time nie lah orang jadi tak betol sikit.

Time nie lah banyak orang akan ada masalah jiwa lebih tepat.

Time nie lah break up, masalah skandal skandal. Status status sedih jiwa rabak akan muncul di YM ngn FACEBOOK. Kalau tak percaya kita tunggu dan lihat?

Orang cakap pasal kawin pon laju je masa musim exam nie. 

Macam macam penyakit pon menyerang.

Mungkin sebab stress.
*jungkit bahu*

Apa tak nya. Time nie lah semua info dari 2, 3, 4 cuba nak di serapkan dalam satu masa.
Memang satu cabaran yang paling mencabar.
Dan seperti biasa, setiap kali habis tahun. Aku mesti cakap kat diri sendiri.

“ya ya, saya FAZLIANA EDORA BINTI ABDUL KADIR BERIKRAR AKAN BELAJAR DARI AWAL TAHUN SUPAYA TAHUN DEPAN SAYA AKAN DAPAT RESULT LAGI BAIK DARI TAHUN NIE! HAIYAK~”
Semangat akhir tahun tuh extra ordinary sikit yer kawan kawan.

Tapi tahun nie aku rasa aku tak akan ada masalah mengawan atau pon skandal.
Sebab hari nie masuk hari ke 45 aku tanpa facebook,skype ngn ym.
*senyum*

Aku Cuma rasa, aku akan privatekan blog aku.
Buang semua.
Biar clean.

Seminggu lagi.












Aku sudah tak tahu aku yang aku pergi ke mana.



salam sayang dari nenek edoraemon.
terima kasih kerana sudi baca blog aku selama nie.