May 01, 2011

INI SEMUA PENYAKIT.


Entry nie aku tulis dalam darah muda aku yang tengah panas membara bara.

Tahukah kamu, lelaki lebih berpotensi untuk kena myocardial infarction berbanding wanita?
Kerana apa? Sebab wanita ada hormone ESTROGEN.
setelah wanita monopose, sumber ostrogen akan terkurang,
oleh yang demikian nisbah wanita setelah monopose dan lelaki utk kena myocardial infaction tetap sama dengan lelaki.
Tapi wanita lebih berpotensi untuk kena AUTO-immune disease.

Apa tuh myocardial infaction?
Itulah penyakit di mana cell cell kat JANTUNG kita MATI.
Kenapa MATI? Sebab saluran darah TERSUMBAT lebih dari 20 minit.
Bila mana saluran darah anda yang supply di JANTUNG anda tuh tersumbat dalam jangka masa lebih dari 20 minit, ia akan menyebabkan CELL anda tuh mati dan tidak boleh di perbaharuai lagi.
8 jam pertama, rupa CELL anda tuh akan kelihatan normal.
8 jam – 24 jam kemudian, ai akan bertukar warna menjadi pucat(pale) atau Cyanotic (kebiru biruan)
24 jam – 72 jam kemudian ia akan bertukar warna menjadi pale yellow & soft
3 hari – 10 hari kemudian ia akan cell cell akan berubah untuk jd bentuk yang kekal.
Atas dari 10 hari, CELL jantung kau tuh akan bertukar bentuk menjadi PARUT (scars)

Menarik bukan?

Tahukah kamu kenapa CELL CELL kat JANTUNG tuh tak dapat diperbaharui lagi sebab once JANTUNG kau rosak, CELL CELL di jantung kita tuh adalah antara yang tak boleh regenerate  atau tidak punya ability untuk hasilkan cell cell dia yang baru. Seperti juga buah pinggang kita juga.

Tahukah kamu, AKU, KAU, DIA dan MEREKA.
Ya kita semua, berpotensi untuk kena bermacam macam penyakit.
Seperti cancer.
Sebab kebanyakkan penyakit dia, cause dia adalah IDIOPATHIC (unknown cause).
Hari hari kita tengok ada dana untuk orang yang sakit CANCER.
Atau dana untuk merawat bermacam macam jenis penyakit.
Cuba kamu bayangkan, ya hari ini kamu sihat tubuh badan,
Esok lusa? Adakah kamu akan sihat seperti hari ini?

Kamu mampu makan, minum dan berjalan.
Ya kamu masih mampu buat benda yang kamu inginkan.
Tak payahlah pikir pasal penyakit,
Cuba lah kamu  bayangkan diri kamu sedang berjalan ke kuliah tiba tiba ada kereta yang terbabas merempuh ke arah kamu, 
dan apabila kamu BUKA BUKA mata 
kaki kamu tidak dapat berfungsi?

Kamu sanggup?

Sihat sebelum sakit.

Sihat sebelum sakit, minggu lalu nikmat aku untuk berjalan ditarik selama dua hari, bukan setakat berjalan hatta nikmat aku untuk duduk pon di tarik dalam tempoh itu.
Tragis kan?
Sebab manusia bila kita kehilangan NIKMAT yang kita ada baru kita sedar apa yang kita ada bertapa berharga nikmat dapat BERJALAN.

TAPI DALAM BANYAK BANYAK PENYAKIT YANG WUJUD DI DUNIA,
KAMU TAW KA KEBANYAKKAN MANUSIA NIE ADA PENYAKIT APA?

PENYAKIT HATI.

Ya penyakit hati.
Yang mana hati itu akan sentiasa dengki dengan apa yang orang lain ada.
Busuk hati dengan apa yang orang lain ada.

Kau taw tak apa yang tragisnya orang yang ada penyakit hati nie.
Bila mereka berfikir menggunakkan nafsu dan  bukannya akal.

  "Dan tiadalah aku berani membersihkan diriku; sesungguhnya nafsu manusia itu sangat menyuruh melakukan kejahatan, kecuali orang-orang yang telah diberi rahmat oleh Tuhanku (maka terselamatlah ia dari hasutan nafsu itu). Sesungguhnya Tuhanku Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani."  
(  سورة يوسف  , Yusuf, Chapter #12, Verse #53)


Contoh situasi :
bila kawan kamu yang sangka sangkakan kawan tikam kamu dari belakang.
Ataupun pernah tak kamu rasa ada orang cemburu kan apa yang kamu ada.
Tak kisahlah harta, rupa mahupun pangkat dan cuba jatuhkan kamu ?
Atau anaiya kamu sekejam kejamnya.

Tapi kamu mesti ingat.
Allah sentiasa ada bersama kamu.
Allah lebih dekat dari urat nadi


 ingatlah bila KAU kamu bersikap ZALIM,
tiada kebaikkan yang KAU akan perolehi.


manusia takkan maju atau melangkah ke depan selagi mempunyai PENYAKIT HATI.

dan kau tengok sekarang,
berapa ramai yang mempunyai penyakit hati?

dan penyakit HATI YANG KAU ADA.
sumpah buat aku pedih.

sesungguhnya Allah maha mengetahui.
buatlah apa yang kau mahu buat.
:)


ingatlah 5 perkara sebelum 5 perkara
sihat sebelum sakit
kaya sebelum miskin
lapang sebelum sempit
hidup sebelum mati
muda sebelum tua