May 21, 2011

kisah nenek edoraemon.

Kalau dulu dulu, BILA FIRST TIME AKU DENGAR ORANG  panggil aku nenek, aku rasa macam nie
    

bila dah kat kuliah, ramai pulak panggil aku nenek aku rasa macam nie
 

bila aku masuk kuliah uni orang, tetiba budak tuh panggil aku nenek aku rasa macam nie
*touching*

sekarang bila selalu sangat aku rasa macam nie
dah immune
Ok ok sini nenek nak cerita kan dekat cucu cucu.
Nenek nak ceritakan kisah nenek yang terjadi tak lama dahulu.... (dua minggu lepas je pon)
Nenek tengah menghadiri satu sesi usrah bersama budak budak dari university Al azhar, budak medik dan budak dentist..
Memandangkan ini kali pertama buat sesi perjumpaan.
Nenek pon terpaksa lah sesi bertaaruf (perkenalkan diri)

Jadi bila dah masuk turn nenek untuk perkenalkan diri...

"Nama saya fazliana edora bt abdul kadir.
Ulang suara.. ulang suara... FAZLIANA EDORA BT ABDUL KADIR. 
Atau lebih di kenali sebagai NENEK EDORAEMON. HEHE"

*niat sebenarnya nak buat lawak bodoh sebenarnya*
Tetiba out of blue! Budak dua orang budak junior pre dentist dari universiti azhar

"Haaaaaaaa?? Nie ke nenek?"

Aku pon terblur sebentar.

"Haa, yer nenek."

Kak oya pon buat ayat tambahan.....

"Yer dia nie lagi pames di kenali sebagai nenek."

Cop cop, sejak bila nenek jadi nama betol aku nie? Haha

"eh..eh..korang macam mana tahu nama akak nenek edoraemon.?"

"Owh kitaorang pernah terbaca blog akak".

Tuhh diaa. Kembang setahun hidung aku sampai nun jauh dikaherah orang baca blog aku. hehe
 
"Bagus bagus, kalau macam tuh cari je kat facebook. Kak faz ada fan club sendiri. Haha"

Jadi aku pon sambung lah sesi ber-taaruf.

"Kuliah perubatan tahun 3, university zakzik.
 Asal dari Tawau, sabah. 
Rumah kat depan tuuh je. Kalau korang nak lawat datang lah.
Err apa lagi erk nak cakap?"

"Status!! Status!! "

*padahal yang cakap nie kawan kawan aku je pon*

"Owh, lupa pasal status, insyaAllah kawin before 2013. Masa umur 23 tahun."

"Owh dah bertunang ke nie? Tak lama lagi kawin?"
 
Dalam hati : aku buat lawak bodoh je tuh sebenarnya. Kawan aku pon buat muka terkejut. Aduyaii..


"Err.. tak tak. Haha"

"Aik, kata tadi kawin masa 23 tahun?"

"Doa je. DOA."



status aku sekarang? : tengah tepu macam tepung kanji 


lusa aku ada exam pathology.
pathology? : sub pasal penyakit penyakit  

aku kena hapal lebih kurang 200+ specimen kot, atau 100+ kot mungkin 300...
ok aku tak sanggup kira sebab nanti tak nak baca. haha.

contoh :
ceteka ceteka ini apa? eheh

ceteka nie jugak. apa nie apa nie?

tragedi tak benda benda jar tuh?
jar1: itu adalah buah pinggang! yang kena xonthogranulomatous pyelonephritis 
jar2: itu adalah lung! TB. 
kalau korang kena batuk kering macam tuh lah rupa paru paru korang.

dahsyat tak dahsyat tak?
bukan setakat nak kena hapal nama penyakit tuh.
kena tahu komen bagi setiap jar tuh.
+ kena hapal slide yang berpenyakit.


 

 
tuhh dia.
harap harap aku dapat serap semua ilmu nie before lusa.

#muntahdarah



tapi sebelum tuh aku nak......