May 30, 2011

mak cik karipap

kisah karipap.

yer pasal kami mak cik mak cik karipap yang cun melecun macam mercun.

amaran : ini bukan cerita hantu mak cik karipap
[kat sabah kitorang takda hantu mak cik karipap kat asrama, tapi tak taw lah mungkin lepas muncul kat maharaja lawak tetiba muncul hantu karipap kat skolah asrama kat sabah.hikhik]
 kemunculan hantu kadang kadang pon bleh ikut trend semasa yer cucu.
jadi beware.
hehe


al kisahnya bila 4 anak dara tengah melepak sambil
berbual bual mesra sampai tak ingat dunia,
ohya sambil tangan tengah kusyuk meramas karipap,
dan mulut pulak tengah mengunyah karipap.

nyum nyum
sedap tak sedap tak?

selama nie, yer aku cuma tahu telan je karipap.
beli kat kedai kuih muih petang petang.
atau pon pagi pagi.
ataupon kat bazar ramadhan.
ok ok
straight to the point,
gua nak tell uolls nie,
setelah satu malam lepak ngan
3 orang mak cik karipap membuat karipap,
saya dapat konklusi kan kat sini dengan tegas tegasnya seperti
naga dengan ini bahawasanya membuat dan menguli karipap bukannya satu tugas yang senang yer cucu.

fuhh fuuhh.

sambil jatuh peluh peluh kami taw tak sambil menguli karipap tuh.
haha

ok ok itu terlebih drama plak.
 

takda nya penat sampai macam merentas desa.
macam buat larian 100meter je.

(kiasan yang tak bleh pakai langsung)


jadi setelah ponat segala tenaga dan kudrat kami tumpahkan
demi menghasil kan karipap yang sempurna.

esoknya petangnya kami makan.

lepak lepak

sambil chillex (chill+relax?)

kami pon duduk dengan comelnya sambil menikmati minuman petang itu.

nenek : korang, korang taw tak macam mana nak tahu minyak tuh minyak panas?

aina : tahu tahu, ala letak je tangan atas minyak panas, letak atas sikit, ko dapat lah tuh rasa bahangnya. hehe
(sambil tangan aina kusyuk menekan bb dia)

nenek : kau mim macam mana?

mim : ada buih buih plak keluar..

nenek : buih lah pulak dah... 

nadiah : faz, kau bgtahu diorang macam mana cara aku ajar kau tengok minyak panas.

nenek : ok nadiah ajar aku tadi masak kat dapur doh. ada 3 cara kesemuanya cara nak tengok minyak tuh panas.

mim : macma mana?

nenek : ok 1st cara dia, korang tengok kalau minyak tuh panas, korang akan nampak swarming kat minyak tuh.. tapi aku terbayang proteus swarming. HAHA. macam exam microb hari tuh.. haha

gambar proteus swarming yang aku belajar kat microb. haha

mim : aku pon terbayang yang tuh doh. haha

(susah jgak kalau musim exam, sampai minyak panas pon nak kaitkan dengan exam)

aina pulak sambil angkat kening satu, pastuh sambung tengok bb.

nenek : cara ke dua pulak,boleh nampak asap dlm kuali naik ke udara.. masa aku goreng karipap kat dapur tadi dengan nadiah, aku siap tunduk tengok kat atas kuali tadi betol betol ada keluar asap ke tak. tapi cara ke 3 paling tak bleh blah!!

mim : apa nadiah punya cara ke 3??

nenek : . . . . . .

nadiah : amik minyak dan tuang ke kaki. kalau kaki anda melecur, panas la minyak tu..! HAHAHAHHAHAHAHA 

sambil muka nadiah buat ketawa evil lough dia


nenek : tuh lah cara nadiah paling tak bleh pakaiiii!! aku punya cara paling bernasss..

mim : apa cara kau??

nenek : cara aku paling senang... amik air sikit, lepas tuh campak kat kuali, bila takda bunyi, minyak tuh panas lah tuh.

mim : takblehblah punya idea!!

nenek : eee.. hebatlah idea aku nie....!!!

mim : siapa ajar?

nenek :  cheff wann doh!! haha. percaya laahhh!!

mim : celah mana chef wan ajar?

nenek : serius aku tengok rancangan memasak hari tuh hari tuh, chef wan cakap macam tuh!~

nadiah : salah chef ko tuh. haha *sambung buat bunyi evil laugh dia.

dan aina dari awal scene lepak nie, dok hadap bb sambil senyum sorang sorang dan bermain kening. haha


ohya ini bukan resepi karipap pon. haha

kisah yang ktorang cerita sambil lepak makan karipap je sebenarnya.


hahaha.

seminggu banyak benda menarik berlaku.
aku cerita pasal karipap je.

hikhikhik

bye!! ohya gambar karipap kat atas tuh bukan karipap ktorang pon.hehe. itu curik dari uncle google je. dengan taip search "karipap comel."

toodles~