May 19, 2011

puteri tawau ke mesir. jeng jeng jeng


Hikayat zaman dahulu kala.
*prosa tradisional*

Alkisah seorang sang puteri bangsawan bugis dari tawau merantau dari benua asia ke benua afrika untuk menuntut ilmu sihir di bumi firaun. Di sebabkan keborosan sang puteri membelanjakan duit sebab dia teruja tengok skirt skirt yang comel terjual di kedai kedai kecik bumi firaun nie. Oleh yang demikian, poket sang puteri ditakdir kan kekosongan sebabkan keborosan beliau. 

Bahasa arabnya “mafish fulus”

Oleh yang demikian, terpaksa lah sang puteri menghubungi kekandanya yang berada di UITM shah alam yang menuntut dalam bidang tikam lidah (law) menggunakkan burung merpati moden iaitu skype.

Puteri : kekanda kekanda!

Putera : yer adinda ku yang comel cun melecun macam mercun, ada apa adinda ku?

Puteri : oh kekanda ku, adinda mu takda duit, dalam poket nie tinggal berapa sen je kekanda ku.

Putera : haa, kekanda ada jalan penyelesaian paling mudah untuk adinda.

Puteri : apa dia kekanda? Bagitahu adinda! Adinda tengah pokai sekarang nie.

Putera : adinda ngorat je lah lelaki lelaki kat sana. 

dalam hati aku.
Puteri : beh! Macam mana adinda nak ngorat orang. Nehi nehi, adinda dah tak pandai dah kekanda.

Putera : alah adinda buat macam zaman dulu dulu. Kan dulu dulu adinda pandai ngorat orang.

Puteri : adinda dah tak ingat dah macam mana! Adinda dah berkarat.

Putera : alah senang je adinda, pergi kat facebook orang yang minat adinda dulu dulu, tulis kat wall dia i love u,  senang macam tuh je adinda. Hehe

Puteri : beh! Idea paling tak bernas!

Putera : hampir kekanda lupa, adinda jangan cari yang sederhana, cari yang kaya yer, cari yang KAYA sangat.

Puteri : celah mana plak adinda nak cari korek lelaki kaya nie kekanda ku sayang oiiiii~

Putera : senang je adinda, adinda google je “lelaki kaya yang desperate” kekanda jamin memang ramai lelaki tua kaya yang desperate ada tuh. Haha, dah lah kekanda nak tukar gambar twitter kekanda nie.

Puteri : kekanda! Kekanda! Letak lah gambar kita dua kat profile picture facebook kekanda. Dahlah adinda dah lama takda ada facebook. Manalah taw dapat pasangan dari kawan kawan kekanda. 
*ehehe, ketawa gedik*

Putera : desperate  :P

Puteri : eeeeeeeeeeee!! Bikin panas!
abang... adik kejar. haha. haiyak!
 

*tuh dia, ayat adinda kekanda tuh adalah ayat tambahan. Kami gunakkan ayat adik (aku) dan kekanda (konfem abang aku)

Tektik nak minta transfer duit tak jadi!
Abang aku tak pernah nak serius. Grrr~

Baru baru ni,
Aku pon tanya abang aku di twitter.

Adik : abang abang! Dah beli ka kura kura?

Abang : belum lagi! Nasib baik ingat kan. Haha

Adik : kenapa tiba tiba mo beli kura kura plak ?

Abang : yerlah! Takkan nak bela kambing pulak kan masuk asrama! Haha

Adik : zzzzzZZZzz *takmo layan*

Abang : taklah, teringat zaman kecik kecik dulu. Kan kita ada bela kura kura.

zaman kecik kecik dulu. Aku ngan abg aku ada bela kura kura.
Jadi nak dijadikkan cerita, sekarang abang aku nak beli kura kura sebab nak teringat zaman ribena kami. Kura kura kami dulu dah mati. Tak sangka bleh mati sebab bukan ke jangka hayat kura kura 100 tahun? Kura kura kami dua ekor kesemuanya

(kura kura kami mati gara gara aku terendam diorang ngn air sabun sebab busuk sangat tahi diorang, kebenaranya takda orang taw sampai skrang. Hehe )

pura pura tuh baca buku :P



aku obses pakai skirt skrang! ^^*
 itu je
 salam sayang...

bye!