June 17, 2011

AKU RASA SUSAH.


redfruitemoticon
semunya susah.



Makan susah, nanti perut kenyang jadi malas.
Tak makan susah, nanti jadi tak larat.
Berak susah, cirit birit.
Tak berak susah, nanti jadi buasir.
Belajar susah,
Tak belajar lagiii lah susah, nak jawab exam.
Cantik susah, ramai peminat nak layan.
Tak cantik susah, tak ada orang nak pandang.
Kaya susah, hati tak tenteram.
Jadi miskin lagilah susah.
Banyak masa free susah, BORING.
Banyak kerja susah, MASA TAK CUKUP.
Berkahwin susah, nanti ada banyak masalah rumah tangga.
Bujang pon susah, nanti takut jadi bujang terlajak.
Bercinta susah, rimas hari hari nak berkepit.
Tak bercinta susah, tak ada orang nak bermadu kasih.
Terlupa susah,
Teringat dia merana.

HOI! SAMPAI BILA BARU KAU NAK RASA PUAS?

Kau tahu kenapa kau rasa susah? Sebab kau pandang apa yang KAU TAK ADA, bukan apa yang kau ADA.

Konklusi? Eh awak, gi lah bersyukur.

Allah telah berfirman dlm surah Ibrahim ayat 7:
Dan(ingatlah)  ketika Tuhanmu memaklumkan: “Sesungguhnya jika kamu bersyukur, nescaya Aku akan menambah (nikmat) kepadamu, tetapi jika kamu mengingkari(nikmat-Ku), maka pasti azabku sangat berat.”
 

maksudnya : lebih banyak kita bersyukur, lebih banyak nikmat yang Allah akan berikan pada kita.
jadi, stop complaining/membebel.
dan hargailah apa yang kita ada,
bukan apa yang kita tak ada kan?
pearemoticon
bye bye!