July 10, 2011

Bersih 2.0 versi nenek :)

Ok mendangkan semua orang sibuk bercakap pasal bersih 2.0
Dan sekarang nak tuntut HAK BEBAS, ya BEBAS untuk bersuara.
Jadi oleh yang demikian saya mahu bersuara.

Bukan menyanyi, bukan menjerit.
Cuma point of view saya dan koleksi pendapat orang.

Jom kita kelasifikasikan dua
Golongan pertama: golongan yang menentang bersih 2.0
Golongan dua:  golongan yang menyokong bersih 2.0

Btw, ini ada collection dari random pendapat orang yang aku nampak dan amik.

Kita mulakan dengan golongan satu
  1. Kenapa kamu mahu lagi buat bersih nie? Tak puas hati ka dengan negara kita sendiri? Mau jadi macam negara arab arab yang lain? Libya, mesir, tunisia? Itu yang kamu mahu?
  2.  Kamu mahu salahkan kerajaan? Tapi kamu tahu ka yang bagi kamu biasiswa (kalau yg masi belajar) tuh kerajaan. Ehh kamu nie, nama sahaja student, tak pandai mau puas hati ka? Cuba lah kan kenal erti bersyukur.
  3. Kau mahu perubahan? Bleh. Tp kasi habis belajar dulu. Be somebody, baru mau buat perubahan.
  4. Ehh hello, kamu mau cakap polis malaysia kejam? Diorang menjalankan tanggung jawab mereka. Tugas diorang untuk menjaga keamaanan. Kamu rasa lah kan, kalau kamu jadi polis, cuti mereka dibekukan.  Kamu rasa diorang suka? Diorang mahu?
  5. Kenapa perlu sampai demonstrasi besar besaran? Pergi ke jalan jalan besar? Kita bukan negara arab, bukan yang negara besar. Tapi kenapa perlu sampai buat ikut cara orang lain? Kenapa tak buat ikut cara keamaanan? Ikut cara yang betol, yang ada budaya melayu.
  6. Kenapa yang terlebih semangatnya orang melayu? Bangsa lain? Mereka sertai jugak. Tapi yang over nya melayu. Kamu tak rasa kah kamu nie diperdayakan?
Golongan dua.
  1.  Apa memorendum yang kami minta ini betol? Kamu Cuma mahu pilihan raya yang BERSIH. Yang tiada rasuah? Adakah yang kami tuntutan tuh satu benda yang berdosa? Kami mahu yang terbaik untuk negara. Kalau tuntutan kami ini betol? Kenapa kerajaan berusaha untuk menolak  bersih?
  2.  Harga minyak naik, harga barang naik, harga tanah naik, harga rumah naik. Semua benda harga naik. Kita mungkin tak rasa (bg yang macam aku golongan student) tapi ibu bapa kita? Parents kita? Golongan yang menananggung? Kalau ya gaji tinggi alhamdullillah. Tapi yang tanggungan banyak? Kos sara hidup tinggi, tapi gaji masih lagi sama.
  3. Yang kerajaan kejar, hanyalah pembangunan negara. Kejar hanya harta. Buat kasino, kelab kelab malam. Sedar kah kita bahawa masalah sosial skrang nie masih lagi berluas luasa? Buang anak? Kes rasuah? Bunuh? Secara tak langsung macam kes yang remeh di negara kita? Bukankah sepatutnya kerajaan kejar dulu pembangunan insan? Bentuk salasilah diri anak muda. Sebab inilah generasi yang bakal pimpin negara?
  4.  Kenapa perlu ada tindakan gas pemedih mata? Kenapa perlu tangkap orang orang di jalan raya? Kami rakyat, tuntutan kami adalah bersih. Kami bukan bangsa arab yang kasar, bukankah bangsa melayu itu jauh lagi lembut dari arab? Kenapa kamu gunakkan kekerasan untuk melawan momerandum kami?
  5. Aku ingin lakukan perubahan sekarang. Kalau bukan sekarang? Bila lagi? Tunggu negara jadi lagi teruk?

For me?
Oh bagi aku, dua dua ada pendapat yang kuat kenapa mereka sokong, dan mereka tidak sokong. Sebab setiap pendapat, diorang ada objektif yang tersendiri yang mereka mahu tegakkan.

Cubalah before kamu buat pilihan. Duduk dan dengar di dua belah pihak.
Yang aku nampak, ramai lebih berkeras mahu paksa orang terima idea buah fikiran dia dari mendengar pendapat lagi satu.
Dan yang aku tahu. Pasti.
Semua orang mahukan yang terbaik untuk negara?

Aku nak komen yang mana? Bagi aku, aku perlu kumpul ilmu lebih lagi dari apa yang aku ada sekarang, aku sekrang tengah sibuk exam. Jadi takda masa nak siasat. Cuma menjalankan uji kaji dari tinjuan masa sibuk ber-exam­-an.
Kalau aku mengunakan buah pikiran lebih tanpa ilmu? Aku Cuma buat andaian andaian.





kamu? 
ada tambahan kenapa kamu sokong dan bangkang?
cuba ceritakan secara ilmiah.
bukan sesi kutuk mengutuk buah pikiran orang lain.

sebab semua orang ada sebab mereka tersendiri kan.


Everyone have their own opinion kan.
Just pray. Hope for the best.

chill, relax dan doakan yang terbaik untuk Malaysia ♥ & Tawau (tetiba) ♥

ps: sila bagi pendapat bukan fakta. kalau fakta tuh salah boleh mendatangkan fitnah kan? :)