July 12, 2011

end of bersih.


Ini penggulungan aku sendiri.
Setelah dua hari aku menjalankan uji kaji persendirian.
Di media internet.
Berdasarkan observation.

1.       Bila bercakap pasal bersih, semua orang akan jadi terlebih emotional.
2.       Ramai orang ingin bersuara apa yang mereka rasa, tapi tak ramai bertindak untuk mendengar.
3.       Ramai memilih untuk membuka mulut, tapi tutup telinga. Mahu orang menerima pendapat mereka tapi memekak-kan telinga bila orang bertentangan pendapat.
4.       Dan sekarang, ramai memilih untuk mengutuk polis. Memang ada polis yang bertindak ganas. Tapi takkan sampai semua polis itu tak peri kemanusian? kalau ayah kau seorang polis, apa yang kau rasa kalau orang dok kutuk kutuk polis?
aku tak paham kenapa orang tak memilih langkah berbincang?


isu bersih nie bagus.
tapi bila orang mula kaitkan isu bersih  nie dengan politik.
bangkang mahupon sokong.

membuatkan kan isu nie bertambah rumit.

siasat pasal bersih nie,
ajar aku :-
  1. untuk lebih mendengar dari lontar kan pendapat.
  2. siasat sebelum keluarkan fakta yang kita dengar dari orang.
  3. bahayanya "fakta" yang kita keluarkan, kalau seandainya fakta itu salah boleh mendorong kepada fitnah.
  4. makin aku lihat betapa bahayanya fitnah itu, patutlah dosanya lebih besar dari membunuh.
  5. itu baru fitnah dunia, belum lagi bertemu dengan fitnah dajal.
  6. bertapa emosi seseorang boleh membuat seseorang bertindak melulu.
  7. jiwa muda ini jiwa yang panas dan kuat bertindak melulu.
  8. nak ramadhan, baik aku end bersih 2.0, dan pikir bersihkan hati.


"hati-hati dalam mengupas isu, kerana ia menggambarkan siapa kamu."
Qusyairi Fadzillah