July 14, 2011

menjadi hakim :)


editor : Nafsah dulajis
by nenek edoraemon



“Dekat U.S orang convert ke Muslim is a common thing, Everyday ada orang masuk Islam. Bukan perkara yang pelik lagi”

Aku dan rakanku melopong, Terganga mendengar kata-kata aunty itu. Hebat aunty nie, dari gayanya yang  bertudung labuh dan berjubah ketika masuk ke kedai makan itu, siapa sangka aunty ini seorang yang petah berkata kata.

Cara dia cakap, ada karisma.

“Dan ada jugak yang memilih untuk convert ke agama asal diorang sendiri…”

“Haaa… ye ke aunty? Kenapa?”

“Sebab perangai orang Islam sendiri, yang menghukum orang lain bila mereka melakukan kesalahan.”

“Tak paham aunty. Contohnya?”

“Contohnya bila seseorang perempuan tuh belum lagi memakai tudung, orang ramai lebih memilih untuk menilai dia dan menyalahkan dia bila dia belum bersedia. Bukan menegur dia dengan cara yang betol”

Kata-kata aunty itu membuat aku tersentap seketika. Buat aku berfikir tentang diri aku. suatu ketika dahulu. Ketika zaman aku berpakaian tak cukup kain. Kerana sikap ada beberapa individu pernah berkata dekat aku,

“Wei, gaya kau nie macam pelacur”

“Kau tahu, bila aku nampak kau hari tuh outing, terserempak dengan kau dekat CP. Serius bidak nie bha. Pakai jak lah tudung.”
(bidak=hodoh)

“KAU TAHU TAK BERDOSA, kat akhirat nanti rambut kau akan dibakar di neraka.”

“Buat lah macam tuh, nanti dah terkena baru padan muka. Haha”

Ya sikap manusia juga membuatkan aku semakin jauh dengan agama aku sendiri.
Orang ramai lebih memilih untuk memandang dan menilai, tapi tak memberikan tunjuk ajar.
Dan apabila aku memilih jalan untuk bertanya, 

“Laa simple macam nie pon tak tahu?”

Dan membuatkan diri aku takut untuk bertanya.
Gara gara sikap orang memandang aku, hati aku menjadi tawar dengan agama aku sendiri.

Jadi lepas SPM, aku berasa lega. Lega kerana aku akan terlepas lagi dari belajar subjek Pendidikan Islam selepas hbs zaman sekolah menengah.

Tapi, kerana sikap orang jugak buat aku kembali tertarik dengan agama aku.
Disebabkan sikap seorang abang senior aku.
Ohhh dan kisahnya bermula bila aku cuti SPM.

”Faz yang mana dahulu yang diutamakan? Rukun islam atau rukun iman?”

“Err.. rukun islam?

“Salah”

“Eh? Rukun iman? Tapi bukan kita sebgai Islam patutnya mengamalkan yang dituntut Islam? Solat, Puasa?”

“Apa maksud iman?”

“Percaya? Dan yakin?”

“Bagus, memang kita sebagai orang Islam ada panduan untuk amalan kita, tapi dengan keyakinan dan iman kita tuh yang melahirkan rukun Islam. Kita menjalankan tanggungjawab kita sebagai seorang Muslim bila kita yakin dengan rukun- rukun iman”

Terima kasih kerana abang senior aku itu, dia menjadi starting point aku untuk mencari agama aku semula. Aku mulakan rujukan pada siang hari dengan membaca artikel dalam iluvislam.com dan pada waktu tengah malam (tengah malam sebab dia belajar di luar negara) aku akan menanyakan soalan-soalan yang aku tak paham tentang agama.

Dan lepas cuti SPM, aku pergi ke matrik sebulan dan arus membawa aku terbang ke mesir.

Masa 1st year, ada satu sesi mengaji beramai ramai. Dan bila mana giliran aku untuk membuka mulut bersuara untuk mengaji, ada beberapa suara orang terbahak-bahak ketawakan aku.

“Hahahaha. Faz apasal suara awak ngaji ada slang Sabah?”

Sepanjang sesi mengaji itu, suara aku tahan sebak bercampur pedih. Sejak itu, aku takut untuk bersuara mengaji depan orang. Ada perasaan mengeletar, gagap. Sampaikan aku takut nak mengaku aku mengaji.

Tahun pertama cuti, aku kembali ke tanah air. Berjumpa dengan rakan yang suatu ketika dahulunya rapat dengan aku. kami sudah lama terputus hubungan. Dia mengajak aku keluar, dan dia membawa aku makan di sebuah restoran bernama OLIVE. 

“Korang nak makan apa?”

“Aku cheese cake jak, kamu?”

Tiba-tiba waiter itu mencelah, 
“Oh dik, cake sini ada wine, tapi sikit jak lah, bkn banyak mana”

“Err. Cancel lah kak, bagi saya coke”

Dan kawan aku tetap berkata saya pula chesse cake tadi kak.”

Waiter itu beredar.

“Eh Faz, takpa jak amik arak. Sikit jak. Tempat aku belajar (nama uni tempatan) ramai jak orang arab. Semua diorang waktu malam, pakai pakaian seksi seksi, minum arak pon ramai nie bangsa arab”

“Aku tak nak amalan aku tak diterima 40 hari (waktu tuh actually aku sendiri tak pasti dengan hukum bila berkata kata). Aku belajar di negara arab. Lagi aku masak dengan perangai arab. Standard lah buat benda salah. Sedangkan kat malaysia pon tak semua orang sempurna. Ada jugak orang buat kesalahan”

Malam itu, dia ajak aku tido di rumahnya. Sesi dialog tadi yang tergantung disambung di biliknya..

“Faz, kenapa kamu kata arak itu haram?”

“Kerana ianya memabukkan, arak boleh buat kita bertindak di luar jangkaan kita. Aku bagi kau satu perumpamaan, contohlah kau nak masuk tempat yang penuh dengan anjing tanpa tujuan kan. (konfem membahayakan) jadi untuk selamat, baik ko tak masuk ke dalam tempat tuh kan? Sebab membahayakan.

(aku pilih perumpaan anjing nie tetiba sebab before keluar topik nie kami bercerita pasal anjing.haha)

“Faz, kita ada cara lain kan untuk masuk ke kawasan itu, kita boleh pukau anjing itu, untuk distract anjing tuh dari serang kita. Amik daging sebagai umpan pon boleh. Macam arak juga, kita boleh minum, tapi dalam kuantiti sikit. Kita kena pandai  limitkan minuman kita sampai tahap kita tahu tidak memabukkan.”

“Tapi dalam Al-quran ada tulis, apa yang Allah larang kita buat, pasti ada sebab yang tersendiri.”


Aku terdiam. Tahan hati dari sebak.

Malam tuh aku terlelap dengan tangisan. Kerana aku kurang ilmu untuk mempertahankan diri sendiri dan agama aku.

Makin hari aku belajar, aku tahu banyak yang aku tak tahu.
Ada ketika aku bangkit, tapi ada ketika aku jatuh tersungkur mencium bumi.
Ada masa, iman aku stabil dan ada masanya iman aku goncang.

Bila seseorang bersikap yang tak kena dengan jiwa kita, langkah yang selalunya orang amik adalah mengherdik dia, memandang rendah pada dia. Dan ramai yang memilih untuk menjadi hakim, menilai, menghukum, mencela seseorang. Tapi kita tidak selidik, periksa kisah disebalik dia? Jalan hidup dia? Dan sebab dia melakukan begitu? Apalagi membantunya.

Semua orang ada kisah hidup mereka yang tersendiri.

Tapi aku berterima kasih, kerana aku sentiasa ada orang yang akan sentiasa menarik kaki aku setapak kedepan bila aku mengundurkan langkah aku.

Terima kasih kiki, kak long, kak sufi, ecah dan kak chaq.