ada sesetengah perkara.
Kau ingin jeritkan.
Kau ingat pekikkan apa yang terbuku di
jiwa.
Tapi hati kau halang kau,
Sebab tak semua kisah
itu perlu di kisahkan kepada dunia.
Ada sesetengah perkara.
Buat kau bingung.
Toleh kan kepala, kiri dan kanan,
mencari ilham mahu mulakan langkah dari mana.
Kaki buntu, mencari arah untuk mulakan langkah.
Kau risau, langkah yang salah membawa kau sesat tak jumpa jalan keluar.
Ada sesetengah perkara.
Kau ingin luahkan pada seseorang.
Biar rasa beban di bahu itu hilang.
Agar langkah terasa lebih ringan agar kau tak terjatuh di
pertengahan jalan.
at the end.
Kau pilih untuk diam.
Kau pilih untuk diam.
Kerana Allah ada.
Allah maha mendengar.
Kerana ada sesetengah perkara.
Kau tak ada kuasa untuk
selesaikan, ceritakan, khabarkan.
Cuma mampu letakakan harapan dan keyakinan.
Dan apa yang terjadi.
Yakinlah itulah yang terbaik untuk
kau.

