July 06, 2011

semalam aku di pinang orang. (actually minggu lepas tapi baru tekan butang publish)

*tuhh dia panjang nox aku punya tajuk*


Semalam saya di ajak kahwin. Haha

fakta comel.
ok tahukah kamu, kalau di Negara mesir nie, wanita wanita Malaysia kena ajak kahwin, adalah perkara biasa?

maknanya, bila anda perempuan melayu kat sini, anda kira hot lah tuh 

Sebab aku ingat lagi, masa aku gerak ke Hussein (nama tempat shopping ala ala pasar shopping? Lol)

Ada sorang pak arab cerita dekat aku,
Dalam bahasa arab.
Actually nak kata arab aku nie hebat. Tak lah hebat mana.
Cukup cukup makan,boleh lah makan sikit sikit.

nak dengar kisah? kisahnya bermula..... jeng jeng jeng...


“saya mahu kahwin dengan orang Malaysiapak arab itu pon berkata.

Aku buat buat muka blur,
niat mau Tanya HARGA KARPET JAK PON! Tapi lain plak dia pergi pesongkan.

“maaf, ya amu, saya tak paham bahasa arab”

Tapi pak arab tuh berusaha nak pahamkan aku. Walaupun hakikat manisnya aku paham, tetapi apakan daya aku malas nak layan jadi berlakon kunun kunun tak paham. Kalau di layan makin jauh kisahnya nanti.
(dialog sebenar dalam bahasa arab, tapi alihkan ke bahasa melayu utk kepahaman sejagat)

pak arab tuh siap guna body language lagi nox! bertapa semangat jitu dia nak bagi aku paham!

“kawan saya ada kahwin dengan orang Malaysia! Hidup dia bahagia, perempuan melayu lembut”

“eh? Ooo.. hehe” 
 
sambil buat senyuman comel :  

walaupun hakikat nuraninya aku berasa seperti ini :

lepas itu pak cik tuh pon sambung . .

”hidup dia bahagia, isteri dia setiap pagi dan petang hormat dia, sampai cium cium tangan, kamu dah kahwin?”

“sudah, suami ada di Malaysia

(Haa, nie ayat yang aku guna setiap kali kena ajak kahwin)

Bagi orang arab, kalau sampai cium tangan tuh macam mulia semacam.
Kalau kat Malaysia, cium tangan tuh macam adat.
Kat sini kalau adat bersalam, diorang cium cium pipi.

Hipotisis : makin banyak airliur melekat kat pipi masa cium pipi,makin orang arab tuh sayang kita. Haha

(nie hasil observation aku sendiri, asal tuan rumah lama aku, ataupon mama sayur cium aku memang lekat lah airliur diorang)

yer kawan kawan.
Awal awal dulu saya memang merasakan kegelian. Akan TETAPI
Lama lama aku anggap macam krim kecantikan muka dah airliur kalau telekat kat pipi.
nak sedapkan hati le tuh~

Haha

ok berbalik kepada tajuk.
Semalam pak cik arab ajak aku kawin.
Pak cik tuh ompong.

awal awal tuh dia puji aku helwa (cantik)

aku buat muka seposen tak paham.

lepastuh dia puji aku ahsan (bagus)

masih lagi aku buat muka kunun tak paham.

jadi at the end dia cakap.

muka aku macam SUGAR.

mungkin tuh je kot perkataan english dia tahu. ahaha

gula pon gula lah. haha


Tapi macam biasa, tektik malas nak layan aku pura pura tak paham jugak bahasa english dia.

(mcm extra bengap ada jugak aku rasa)

TAPI TAPI TAPI

Hasilnya? Naik teksi free babe!

Hahaha
WALAUPUN I TOLAK LAMARAN DIA.




 bangga i, walaupon hakikat hakikinya aku kena belanja 2 LE je pon.
 2LE=RM1



(biasalah dah jadi nenek kan aku, bila tua tua nie kurang sikit kasih sayang)


maksud terpendam : DUA HARI LAGI BIRTHDAY AKU!

pejam pejam mata ketat ketat
sambil buat hajat

selamat malam semua.