August 31, 2011

THE AWKWARD RAYA.


Korang suka tak baca novel?
Bila dok kusyuk kusyuk amik feel  baca novel tuh.
Ada satu detik. Korang akan rasa seperti heroin ataupon hero macam dalam novel.

Bila dah amik feel  yang semaksima mungkin,
Bila baca novel yang kisah fairy tales gilak gilak.

Dalam hati terdetik nak berdoa. Harap harap kisah cinta korang tuh sebijik lah macam novel tuh, kalau tak sebijik pon, dua bijik sama pon takpa kan.

Haha.

Inilah perasaan bila aku baca novel yang best. (kunun)
novel yang best best jak lah.

ke aku SORANG JE RASA MACAM NIE WEI??


Sekarang nie aku dah kurangkan nafsu perasaan nak baca novel, beli pon sekarang sudah tidak. Sebab aku rasa macam buang masa lah pulak.
(hadap laptop 24 jam tak pulak buang masa) hehe

Errr.. jadi everytime aku baca carpen/novel pasal kahwin kahwin paksa nie.
Rasa macam best lah plak.
Dalam hati terdetik untuk berdoa nak dapat calon suami kahwin paksa! tak pon dapat calon suami pilihan parents!
(sebab jalan cerita most novel melayu, pasal kahwin paksa yang at the end nya diorang bersatu!)

pernah jugak ter-request kat parents,
PENANGAN PENGARUH BACA NOVEL I TELL YOU!

Jadi nak dijadikan cerita.
(intro panjang kan?haha)

Semalam datang lah seorang mamat.
Tengah tengah malam raya, sebab nak hantar kerusi untuk digunakan untuk open house.

Mamat itu ialah,
Anak kepada kawan mak bapak aku.
Anak pemilik kedai kayu jati.

Masuk masukje mamat tuh ke dalam rumah
tetiba, mak aku bersuara....
“haaa, nilah my future son in law”

Adik perempuan aku dah undur 10 tapak ke belakang, sebab dengar statement mak aku.
Aku pon dalam bilik terdengar, sibuk tahan gelak. Hahaha


Malam tadi, tetamu tuh datang untuk beraya pulak,
Mama pesan suruh aku pakai bergaya gaya.
Siap pilihkan tudung lagi.

Semata mata untuk aku hidangkan air untuk tetamu.

Masa berlakon pura pura ayu nak letak air,
Ayah aku perkenalkan aku didepan diorang.

Pastuh malas nak dengar topik perbualan diorang (konon lah)

Lari ke dapur,
tp dengan anugerah tuhan memberikan telinga lintah kepada aku.
Aku pon menyorok disebalik dinding dapur, dan dengar tentang perbualan mereka.


TOPIK DIORANG bercerita pasal AKU?
Tentang TINGGI AKU?
Perangai AKU..

Habis tetamu balik,

Mak aku tanya,

“handsome tak? Ok tak?”


Errr...



DENGAN INI SAYA TARIK BALIK DOA/KATA-KATA NAK KENA KAHWIN PAKSA PAKSA ATAUPUN PILIHAN MAK BAPAK.




PS: patutnya this year beraya kat semenanjung, tiket pon dah ada dalam genggaman. TAPI . . . :)
kita mampu merancang, tuhan menentukan. 
PS 2 : terima kasih kawan kawan yang datang open house tadi pagi.
PS 3 : err.. bye! selamat hari raya, salam sayang dari T A W A U gituew