August 27, 2011

lelaki lelaki kacak dalam hidup aku.


Suara macho seorang kanak kanak menegur aku sebelum aku melangkah keluar.

“kak kak, ambil nie. Nah”

“eh eh, apa nie?”

“adik saya bagi tadi, tapi sekarang dah tido suda dia”

Tersentap seketika.

HADIAH ITU!
Niat kami ke sana, untuk mengubah pemikiran mereka,
Membantu memotivasikan mereka.

Tapi, yang sebaliknya lebih banyak berlaku.
MEREKA. Ya, mereka membuat bibir kami tersenyum, ketawa, termotivasi di bulan puasa tengok gelagat mereka.  Bermacam macam ragam i tell u! Haha

Ada yang tertido waktu tengah terawih, sujud tak pandai nak bangun bangun. (nie kawan lelaki aku yang cerita) haha

Ada yang tertido masa waktu baca doa.

Yang paling comel! Bila nampak si kecil tertido waktu tengah bernasyid  (epic moment!)

Tapi tapi, bila tiba waktu bawa diorang bermain! Semua energetic~ takda muka ngantuk ngantuk. Haha

Sekecil 7 tahun, dah berjaya puasa full , terawih full weiii!!

Hebat kan mereka?

Aku siap bergadoh ngn budak tingkatan 3, 3 hari lepas, gara gara dia tersentuh aku waktu kami main chess  sementara menunggu waktu isyak di tawau.

“ko nie dah baligh belum?? Bagitaw kakak!! Naaa batal suda wuduk kakak!!!”

“kak macam mana mau taw kata saya suda baligh ka belum kak?”

“hahahahahahahah, serius bha ko nie tak taw”

Tiba tiba suara si kawan menyampuk kat belakang, “dah tuh kak, 15 tahun suda dia” “ko nie! Bikin malu betol” sambil tangan si kawan pergi pukul bahu dia.

Akibat dok galak sakan tengok gelagat budak budak tuh.

Aku turun ke bawah waktu azan isyak, nak amik wuduk.
Sekali terkurung kat dalam tandas lelaki! (semua budak lelaki kan, konfem tandas diorang tuh tandas lelaki! Haha)

Nak jerit jerit minta tolong, semua penghuni rumah tuh tengah solat isyak.
Lepas solat isyak sambung terawih.

PANIK WEII!!

Nak jerit, tak sopan anak dara jerit jerit waktu orang tengah solat,
Hilang ke-ayu-an akak diorang nie.

Terpaksa aku mengorek pintu untuk keluarkan diri.

Errr.. akibatnya. Tangan i nie ada terkoyak sikit.

Tragis kan?

Oh oh! Bila nak bercerita pasal diorang nie, bibir sendiri ter-automatic tersenyum sendiri.

Saat paling comel bagi aku, bila nak tunggu waktu solat isyak,
ataupun lepas solat magrib, 
ataupun waktu tazkirah lepas solat.
Mesti ada jak antara mereka menjeling ke belakang nak tengok aku masih ada kat jemaah makmum perempuan. 
Apatah lagi, siap yang ada buat signal mulut!!
(bercakap tanpa suara mcm berbisik bisik)


oh oh, i miss them :)

see! supercuteness kan? yang si kecil sibuk membaca utk nasyid (walaupun tak pandai membaca) dan yang razmi tuh pulak tertido waktu tengah bernasyid! HAHAHAHAHAHAHAHAHAA.

them!

hari kami membuat program :)

yang paling kecil :)




dua dua nie ahli kumpulan aku. Aku dapat dua dua askar termuda masuk group aku utk LDK.

syukri. comelkan!! antara si kecil tersayang (:

 btw, aku pesan diorang panggil aku KAK LIANA, sebab adik adik aku panggil ngan nama tuh,
tapi diorang stuck panggil, KAK EMON. grrr.. (nenek edoraEMON)



 ps : teringin aku bawa kau jumpa mereka, mereka cepat curi hati aku macam kau.