August 14, 2011

hati aku telah di curi :)


Perasaan puas.

selamat pagi TAWAU!

K E P U A S A N

Awal awal dulu, aku cuma mampu guna camera hp pink aku yang 3.2 megapixel untuk amik gambar.
Dalam hati, HARI HARI berdoa,untuk dapat camera compact pon cukup. ASAL HATI nie PUAS nak amik gambar.
Biar camera biasa biasa pon, gambar konfemlah lagi cun dari camera HP kan?
Tapi lepas tangan ini berjaya genggam camera compact. 
Tiba tiba hati nie tedetik nak upgrade kan pulak diri untuk pegang DSLR.

Duduk.

Terdiam.

Tiba tiba aku teringat semalam.

“cepat cepat!cuba korang teka NAMA kakak nie APA? Kalau siapa betol! Kakak bagi hadiah dari egypt! Hehe”

“khadijah?!”


“mesti ada nur nie kan kak kan?”

“SALAH! HAHA. KORANG SEMUA SALAH. HAA CEPAT!CEPAT! TEKA TEKA”


“KAK! KAK! Saya tahu! Nama kakak NENEK DORAEMON kan!” tiba tiba budak kecik yang terdiam dari tadi bersuara.

“haa? Eh! Kenapa lah pulak tiba-tiba jadi nenek doraemon nie?”


“tuh, abang semalam bagitahu saya nama kakak nie nenek doraemon”


“tuh nama famous kakak, kamu semua kena teka nama kaka yang betol! Baru dapat hadiah ok?”


“siti nama kakak?”

“umi! Umi! Apa nama kakak nie umi?” budak budak ini tanya pengasuh mereka. Dari raut wajah mereka, aku tahu mereka dah give up nak teka sudah nama aku ini.


“kamu teka lah sendiri, umi tak nak bagi tahu. Tanya kakak”

Terdiam. Baru aku terfikir.  Dalam berjuta juta nama wujud di dunia mustahil orang boleh teka kan?
Hahahahaha.

tiba tiba si kecik di tepi aku bersuara, "kak bagi nama depan saja boleh?”


“nama depan kakak FAZ”

“FAZLIANA?”


“haaaaaaaaa?? Hebatnya kamu!! Macam mana kamu boleh teka nie?”


“hehe, saya teka jak kak”


“tapi kakak tak bawa hadiah, tadi kakak nak bawa barang dari mesir, tapi kakak terlupa”


“jangan kamu percaya. Menipuk jak kaka nie” suara antara yang tua dari mereka bersuara.
muka si kecil berubah. Tergambar hatinya terkilan.

“nah! Amik nie ok? Nie kad pelajar kakak, kakak bagi ko. Selagi kakak tak bagi hadiah dekat ko, jangan ko bagi kakak kad pelajar nie balik sama kakak ok? Dari mesir jgak nie”


mulut muncung itu berubah jadi senyuman.

Kad pelajar mesir aku di tatap oleh mereka.
Berubah dari satu tangan ke tangan yang lain.

“waa bahasa arab kad kakak. Siap ada BIN lagi?”


“di mesir memang macam tuh. Nama siap masuk nama datuk lagi kalau letak nama. Sebab kan banyak orang nama sama”

balik itu, aku nampak si kecil itu menggenggam kad pelajar aku erat di tangan dia sambil lambai lambai tangan mengucapkan selamat tinggal kepada aku.
si kecil itu baru berusia lapan tahun.

budak budak kecil lain yang baya mereka. Sibuk duduk tengah tv layan astro ceria. Layan psp.Hatta yang dah ada facebook pon ada budak budak baya mereka.
Aku tak sangka, hanya sekeping kad pelajar yang hampir expired tuh boleh membuat hati kanak kanak jadi girang.





Kamu tahu?
Mereka ini adalah antara 500 anak yatim yang ada di tawau.
Dari 500 anak yatim yang ada di tawau. 30 kehidupan paling susah telah di pilih untuk tinggal di rumah anak yatim Ar raudah.
30 anak lelaki, yang berusia dari 7 tahun sehingga 17 tahun.

dua nikmat yang kita selalu lupa kita ada.
♥kesihatan tubuh badan.
♥keselamatan.

sedar kah kamu?
♥hidup kita nie jauh lagi beruntung dari majoriti homosapian di dunia. 

 siapa ada idea teka teki?
atau LDK untuk kanak kanak?
tolong sumbangkan idea!