facebook.
Gambar.
Upload gambar sana sini, tayang muka aku kat album.
Timbul rasa bersalah dihati,
Orang akan usha gambar satu satu. Perhatikan raut wajah,
tubuh badan kita di gambar.
Kalau dulu, aku langsung tak kisah. Tapi bila aku papar
gambar aku sorang di facebook. Aku rasa geram dengan diri sendiri. Tapi aku
letak jugak, sebab aku suka amik gambar, aku nak orang tengok hasil tangkapan
gambar aku atau gambar aku yg kena tangkap lawa. Argghh. Terasa diri ini
terlalu hipokrik. Geram dengan diri sendiri.
Apatah lagi bila beberapa lelaki pernah cakap kat aku,
“aku tengah usha gambar kau satu satu” serius aku rasa
sentap.
Aku yang salah, pampang dan tayang muka aku banyak banyak
kat album dan gambar kena tag kan.
Takkan aku nak marah satu satu yang perhatikan setiap
inci gambar aku.
Ini baru yang mengaku, yang tak mengaku? Mestilah ada
jugak kan?
Status.
1.harapan-Bila aku dah buat status di facebook. Aku
mengharapkan orang LIKE. Aku mengharapkan orang komen. Walaupun status aku
berunsurkan keagamaan, yang aku rasa macam best aku akan post. Tapi bila dah
ramai orang like, aku takut hati aku jadi riak. Hati aku akan takbur sebab
kononlah famous sebab ramai orang like. Aku nak jaga hati aku.
2.luahan- Bila terlintas nak ber-emo-an di status. Aku kena fikir 10 juta kali sebelum tulis. Sebab
apa orang akan fikir? Apa judgemnet orang kalau baca terhadap aku. Apatah lagi
banyak keluarga aku dah add aku di facebook.
Chat.
Facebook chat, ym chat. Apa apa sumber chat, atau balas
membalas mesej. Hatta membalas sms orang yang tak releven, tak penting, ataupun
sekadar mahu berkenalan. Aku tak nak layan. Jiwa aku yang rasa sakit. Aku penat
dah berkenalan dengan ramai ramai lelaki, tambah kenalan lelaki. Aku penat
dengan lelaki. Aku nak stop berkawan dengan lelaki.
Stalker.
Ini hobi aku. Aku akan habiskan masa berjam jam kaji setiap orang yang aku rasa menarik. Bedebah, aku terlalu banyak buang masa.
Blog.
Yang ini, aku block
sebab niat awal awal aku buat blog
adalah untuk dijadikan sumber diari, luahan perasaan aku. Tapi bila aku tahu
orang baca, aku rasa limited untuk berkata kata. Aku akan berfikir benda yang
orang mahu baca. Bukan yang aku mahu cerita. Blog bukan lagi jadi medan luahan
perasaan aku sudah. Sekarang nie, aku mahu berhenti luahkan perasaan pada
manusia, terlalu banyak kisah hidup aku, terlalu banyak kecelaruan, kepedihan.
Ada satu tahap aku takut orang akan feed-up dengan aku.
biarlah blog kembali menjadi ruang aku berkata kata dengan selesa.
Walaupun hanya aku seorang yang akan baca? (kot)
Mungkin minggu depan aku akan aktifkan semua kembali?
Mungkin esok?
Mungkin tahun depan?
Ataupun mungkin takkan sampai bila bila?
*jungkit bahu*
Mulai entry aku mula block blog ini, aku akan letak nombor sebagai tittle rasmi :)
