November 23, 2011

TAHUN 4.


*tarik nafas panjang panjang*

Setelah dua bulan lebih aku hentikan langkah aku dari mengarang entry blog.
Sejak aku private kan blog.
Tangan aku seperti kaku.
Aku tak mampu nak buat entry happy happy.
Sebab aku tahu, hakikatnya diri aku sendiri semakin hari, semakin terjatuh.

*diam*

Hari ini aku bangun pagi.
Dengan perasaan membuak buak benci terhadap diri sendiri.
Ya! Sebab aku terlepas subuh.
Aku terjaga tadi subuh, dan aku sambung lelapkan mata aku dan berniat tido tido ayam. Dan sekali lagi bila aku buka mata, cahaya terang menerang terpancar dari tingkap bilik aku.
Sumpah aku benci.
Aku geram.
Aku tertekan dengan diri sendiri.
Yang terlalu ikutkan nafsu.

Sebab itu, aku decide  untuk tidak ke kuliyah.
Apa dah jadi dengan aku sekarang kan?
Hari hari aku lebih memilih untuk terbaring di atas katil yang empuk dari berhempas pulas di kelas dan menuntut ilmu menjadi seorang doktor berjaya.

Setiap kali aku rasa JATUH yang ter amat sangat.
Aku akan tekankan di hati aku KUAT KUAT!
Dan ingatkan diri aku pasal kematian.

YA! MATI.
Itu semangat aku untuk teruskan hidup aku bila aku rasa dada aku sesak dengan masalah dunia. Aku rasa sesak dengan fitnah dunia.

Aku akan tanam dalam dalam di hati aku.
Semua ini sementara, hidup ini sementara.
Ujian ini Cuma benda sementara.
Supaya aku dapat bangkit semula dengan tersenyum.

Tapi kali ini.
10 kali aku tekankan di dada aku.
Tapi hati aku tetap degil.
Masih lagi ego, masih lagi memilih untuk berada untuk JATUH.

Dan hari ini, kawan aku yang berada di sebelah aku dalam penerbangan aku ke Mesir pada tahun 2008, telah pergi meninggalkan dunia tadi magrib (waktu malaysia)

*terpaku*

aku ingat lagi saat pertama kali kaki jejak ke mesir.
Gambaran harapan, semangat aku ketika itu seperti asyik ter-rewind di benak otak aku hari ini.

Dia sebaya aku.
Dia datang bersama aku.

Kali pertama dia tengok aku, dia jeling aku dengan pandangan tajam.
Sebab mulut aku tak henti pot pet pot pet sedangkan dia sedang kusyuk membaca tafsir Alquran di dalam kapal terbang.

Sejak hari tuh, setiap kali kami jumpa.
Kami gadoh.
Dan dia akan panggil aku BIBIR sambil tergelak mengusik,
Sebab bibir aku yang BESAR,
Dan mulut aku tak BERHENTI BERCAKAP.

Dia patutnya habis belajar bersama sama aku.
Dan ada bersama aku ketika saat kami graduasi.

Tapi dia kena berhenti di pertengahan jalan.
Sebab dia ada cancer.

Dia nak jadi doktor tahu tak?
Dia nak belajar tahu tak?


Tapi perjalanan hidup dia terhenti hari ini.

Dan aku?

Aku mampu,
Aku sihat,
Aku masih ada nyawa!

Aku mesti teruskan dan tamatkan apa yang aku mula bersama dia dan kawan kawan kami.

Dan hari ini, pipi aku seperti tertampar dengan tangan sendiri.
Bila aku kata aku nak hidup, seperti esok aku mati.
Sejauh mana aku maksudkan kata kata aku itu?

Aku perlu BANGKIT.

Al fatihah
Lucky hidayat.
22/11/2011
tahun 1 (alexandria)