June 12, 2012

SOMEBODY I USED TO KNOW.


Mata aku memandang mereka dalam.
Dalam sampai jauh ke lubuk hati mereka.

Sudah sudah, aku tak sanggup tengok mereka macam ini.
Patah hati, terbaring, terluka.

Ya. Kerana satu perasaan yang dalam mereka letakan pada seseorang,
Yang masih belum sah bergelar pasangan suami isteri.

Adakah perasaan itu berbaloi?
Termenung?
Sedangkan pihak lagi satu tidak sesakit anda?

Is it worth it?

Tahun itu, 2010.
Tahun paling banyak orang aku tengok terluka.
Kerana perasaan mereka terluka oleh insan yang mereka “cintai”

Tahun itu jugak, tahun paling banyak aku memberi kata kata semangat.
Kata kata pedas ada ketikanya
kerana tak sanggup tengok kawan aku sengsara oleh kerana sekeping hati.

ada yang berbulan bulan termenung,
berubah menjadi pendiam.

Ada yang kena pukul dengan balak sendiri sampai terbaring di lantai dan di pijak pijak.
Tapi masih lagi setia bersama si kekasih hatinya.

Tahun hati aku sangat membara.
Kepada perasaan manusia.
Yang aku rasakan tak berbaloi.

Dan tahun itu,
Tahun yang Allah jentikkan perasaan hati aku,
Kepada manusia.

Sekejap. Sangat sekejap tempoh untuk jentik kan rasa itu.

Tapi kesannya? hampir genap dua tahun.

Kali nie, bila aku memandang orang yang meminta nasihat dekat aku bab bab hati dan perasaan.
Aku jd kelu.
Seperti memandang ke cermin.

Allah uji balik aku dengan kata kata dan nasihat aku sendiri kepada rakan rakan aku suatu ketika dahulu.

Mungkin ini fasa Allah untuk mendidik aku,
Untuk menilai Hati.
Menilai sejauh mana aku boleh hadam nasihat yang aku berikan sendiri.
Untuk tidak memandang rendah pada ujian hati.
Untuk tahu bertapa bernilainya harga sekeping hati manusia.

Fasa ini akan berlalu.

Sakit ini, sakit yang mendidik aku.



Dan kepada dia,
Selamat pengantin baru.