July 14, 2012

koo Ree AAA


Dear encik blog,

                Sekarang dah nak dekat jam 12 malam, tapi mata aku masih lagi terbeliak umpama burung hantu tengah kebuluran mencari makan tengah tengah malam. Pagi tadi badan aku lemah, tak dapat nak gerak, mungkin sebab terlalu banyak menangis semalam.

Kau tahu encik blog? Perasaan sedih yang dalam dalam. Kau nangis nangis sampai satu tahap badan kau rasa macam lemah tak bermaya. Nak meluah kat sesiapa, handphone takda. Jadi terpaksa la nangis sorang sorang lagaknya macam perempuan baru putus cinta.Nie lah punca utama aku tak suka layan cerita cerita sedih nie encik blog. Tengok mood dah tak stabil duapuluhempat jam dah gua nak bagi tahu lu!

                Akibat melayan korea sampai ke subuh semalam dan tido dalam keadaan penat baru nangis tengok cerita korea, bangun bangun matahari dah tegak di  langit. Nak gerak ke tandas, air pulak takda sampai ke petang di seluruh pelusuk Salam (nama area rumah aku tinggal).

                Oh encik blog, esok aku exam, kat hati masih lagi pilu nangis tak berlagu kerana cerita korea. Aku nie bukannya jiwa jiwang sangat, tapi tuh lah sebab utama aku tak suka layan layan cerita ada action ada babak babak orang gadoh ka, asalkan ada orang mati dalam movie tuh aku akan sedih memanjang, tuh aku selalunya layan cerita cerita romantic comedy, lawak lawak, hindustan, kartun kartun. Beli tengok ada happy ending sejuk perut aku nengok. Entah apa kenapa cerita korea semalam ending dia sedih, selalunya kalo nengok korea ending dia happy ending memanjang. Ikutkan hati nak jak aku bakor laptop nie lepas tengok cerita korea semalam. (over)

                Sunyi pulak hidup aku dah nak genap dua minggu takda telefon bimbit di tangan. Genap setengah bulan lagi dari sekarang akan sampai Tawau. Entahlah encik blog, dah lama tak karang karang, nak meluah dekat kau pon tangan jadi kaku, perut jadi kecut. Ala ala perasaan orang baru nak mula bercinta nak balas sms si dia. Kecut macam tuh la perut nie.



Assalamualaikum!

Panjang umur jumpa lagi

*pejam mata rapat rapat nak paksa diri tido*