July 21, 2012

Ramadhan! :)


“faz!! faz!!! minum cepatttt!! Dah azan dah tuh kat luar!?”

“haaa!! Ok ok!!”

*gulp gulp gulp gulp* bunyi teguk air. (gini ka eja)

Telan secawan air tanpa toleh kiri kanan.
Bila tangan kanan dah mula menyuapkan makanan ke mulut tetiba suara kak long menyapa.

“nie korang dua nie, dah baca doa makan ngan doa berbuka ke tadi masa berbuka!?”

“aaaaa... kami terlupaaaa..”

Serentak aku ngan mak ecah menepuk dahi.

Nie lah terlampau ikutkan nafsu jiwa dan raga.
Baru sehari masuk bulan ramadhan.
Perangai dah macam budak budak.

Sejam sebelum berbuka,
Aku dok terbaring atas katil,
Kat kepala terbayang bayang satu satu gerai dekat bazar ramadhan nun jauh di Tawau sana.
Mengusha setiap juadah...

semalam sebelum pergi terawih yg pertama di bumi zakzik nie.
aku nampak tanglung bersinar sinar diruang angkasa (over, padahal didepan rumah) !

"eh tanglung!! guna lilin ka lampu nie??!"

 "kamu nie faz? ko ingat kita sambut Gong xi fa cai ke nk letak lilin dalam tanglung nie??!"

Kali pertama merasa berpuasa di benua zagazig setelah 4 tahun menuntut di bumi anbiya nie.
Hahaha

Semalam, aku bersahur ala ala candle light dinner
Terawih pon ditemani cahaya bulan.

Yaaa.. aku dah nak tua, nak pulak rasa suasana romantik sorang sorang.


sebenarnya, sebab kat sini hari hari haaa mati karan. -.-"

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN CUCU!!