September 04, 2012

Stress



Earplug : Apologize -  One Republic

stress.
Mungkin sebab PMS,
Hormone kurang stabil, jadi perasaan membuak buak nak marah dan menengking orang sekarang ini, di impak maksima.

Dalam masa seminggu.

#1 -tarikh kuliah dah keluar (8hb OCT) dan tiket aku 17 November.

#2 – orang kiri kanan asyik tanya bila mau kahwin (?) ok terutama sekali kawan kawan ibubapa ketika beraya. Baik kalau tanya bila nak kahwin, tapi ada siap yang tanya bila nak bagi cucu dekat mak bapak (?)

#3 – kawan aku curang kepada kawan aku yang lain dengan kawan aku yang lain.
aku? – keliru nak jadi perosak hubungan orang? Jd tukang report?

#4 – kawan adik aku baru meninggal dunia, beberapa hari lepas, dalam tido. Umur? Baru 18 tahun.
Kisah :  Adik dia tengah kejutkan abang dia bangun tapi abang dia tak bangun bangun terus.

#5 – kawan aku bagi tahu aku dia kena multiple sclerosis. Ok jujur nya, aku sendiri memerlukan bantuan encik google untuk identify penyakit itu pasal apa, terasa diri ini sucks  sebagai seorang doktor. Kawan kawan kau sakit? Dan kau tak mampu buat apa apa? Nak explain pon tak dapat, sebab ilmu di dada nie kurang. KAU MAU JADI DOKTOR YANG MACAM MANA NIE FAZLIANA EDORA.

Empat peristiwa highlight  minggu ini.
Yang terawang awang bermain main di minda.