September 17, 2012

Tenggelam dengan nikmat dunia.

Tenggelam dengan nikmat dunia.
Kita lupa,
Apa itu dosa?
Apa itu pahala?

Tenggelam dengan nikmat dunia.
Ikutkan nafsu bawa hanyut ke neraka.
Aurat terbuka,
Judi dibuat kunci untuk dapat harta,
Semakin hari semakin lupa,
Semakin alpa,
Dengan apa itu syurga?

Tenggelam dengan nikmat dunia.
Hati jatuh cinta,
Bukan pada pencipta,
Tapi pada manusia,
Pada mula,
Tersentuh kerana tak sengaja,
Lama lama sudah jadi biasa,
Buat maksiat untuk suka-suka,
Kumpul saham bukan untuk ke syurga,
Tapi ke neraka.

Tenggelam dengan nikmat dunia,
Sibuk mengejar cita cita,
Sibuk mengejar harta,
Solat terlupa,
Semakin hari semakin bertambah dosa.

Tenggelam dengan nikmat dunia,
Nabi Muhammad di hina,
Diam, tidak berkata,
Bukan kerana terlupa,
Tapi hati lagi teruja,
Tengok Kate Middleton dan Prince William datang ke Malaysia.

Ini bukan ditujukan pada sesiapa,
Cuma hati terluka,
takut terlalu leka,
Sampai tenggelam dengan nikmat dunia.

Tapi aku ingin bertanya,
Kau mahu jadi manusia macam mana?