November 02, 2012

pregnancy test

Apa khabar pembaca pembaca setia sekalian.
(konon konon lah macam blog nie ada ramai kipas kipas susah mati)


Pada hari yang mulia ini,
gua tiba tiba,
terimbau kenangan lama gua,

ala, masa gua tengah muda mudi dulu,
masa Zaman gua kecik kecik dulu,

timeline masa : Zaman sekolah menengah

gua akan sentiaaasaaaaaaa...
Soal IBU GUA,

"MACAM MANA BAYI BOLEH TERBENTUK??!! TERJADI??! DATANG DARI MANA??"
Setiap kali teringat soalan tuh,
gua mesti tanya soalan itu kepada ibu gua.

Lagi lagi gua yang Allah dah kurniakan banyak mulut dari zaman kecik kecik,
mulut dok
potpetpotpet tanpa henti.

gua akan tanya soalan sama,
berulang ulang kali,
Walaupun gua tahu, setiap kali gua tanya,
mak gua akan tertekan,
dan mengelakkan diri dari menjawab.

Tapi gua tanya jugak
sebab gua nak buat ibu gua tertekan *mood anak-comel-yang-nakal*

Jadi nak di jadikan cerita,
lepas gua dah Menjadi WANITA
 (baru awal awal remaja, beberapa bulan lepas gua kali pertama datang bulan)
Dalam cuti sekolah,
Gua pergi bercuti di Tanah Melayu,
gua dan keluarga asas gua.
tumpang tido di Rumah macik gua di Klang,
Jadi,
ada suatu hari tuh gua tertido di katil Abang sepupu gua.
Bangun bangun!!
GUA TERUS PANIK!!
gua gagahkan diri,
tahan menangis.
Ikutkan hati gua,
gua nak pergi ke 7eleven,
beli pregnancy test.
Tapi gua kantoi ngan mak gua,
macam gua tengah murung,

Bila mak gua tanya kenapa,

gua bagitahu mak gua kata gua ingat gua mengandung la.

mak gua pon terikut gua,
PANIK
Siapa tak panik doh,
Anak baru 12 Tahun,
dia cakap dia mengandung.

Gua rasa mak gua ingat gua mangsa rogol.
bila mak gua tanya kenapa gua cakap mcm tuh.

gua ckp,
GUA TERTIDO DI KATIL ABG Z(bukan nama sebenar)
ps : Jangan salahkan gua, kerana ke-innocent-an gua ketika itu,
ya lah, gua tak tahu macam mana bayi terhasil ketika itu,
Asal tengok wayang saja,
mesti perempuan tuh mengandung,
orang ckp sebab dia "tido" dengan lelaki tuh.
Gua ingat, gua tertido walaupun bukan dengan lelaki, tapi di katil lelaki gua boleh mengandung.


Itu saja gua nak cerita,
gua tiba tiba teringat kisah tuh,
sebab sekarang gua tengah tumpang tido di tilam yang sama.
hahaha

good night!


eh, entry nie gua tak tulis di mesir. haha
next entry di MESIR! insyaAllah!