April 11, 2013

#2 - Nenek (?)


“NENEK!! NENEK!!”

Bila aku tengah kusyuk nak duduk dekat kerusi aku,
Kedengaran suara garau dari belakang aku tengah panggil aku.


“SIAPA?? KENAPA PULAK PANGGIL AKU NENEK??!!”

“Dah kalau tak panggil ko nenek nak panggil ko apa??

 
“aku kan ada nama? Takkan tak tahu nama aku siapa? Ko sama jak macam si Izh (bukan nama sebenar) asyik panggil aku nenek?haa kenapa?”

Si izh yang berada dekat tepi si Suara garau tuh pon terbeliak mata,
Ye lah, orang dok panggil lembut lembut kat aku, takda tsunami, ribut taufan dll - aku pulak pantas  membebel di pagi hari.

“takdalah, aku cuma nak tanya je apa doktor explain kat ko tadi.”

“laa.. tuh je ke.. doktor cakap pasal treatment osteoarthritis... .. .. (sambung explain panjang)”


Entah kenapa sejak nk masuk 23 tahun nie,
Aku rasa aku makin garang pon ada jugak,
Barangkali faktor umur menggarangkan kita.

Ok jadi nk dijadikan cerita.
Beberapa hari lepas si Izh plak

“FAZ!! FAZ”

Aku rasa nk 10 kali jgak dia jerit nama aku,
Tapi apakan daya, aku dah biasa sangat dia panggil aku nenek dari tahun 1.
Memang aku tak toleh la.
Sampai kerusi mcm kena tendang baru aku tersedar kata dia panggil aku.
Hahahah


 Ini saja kisah saya untuk hari ini.
Jangan nakal nakal pembaca sekalian.
Doakan saya exam lagi 3 hari.
mood : gedik lepas tengok video "Gwiyomi". err~