April 14, 2013

#three - 2013

Duaributigabelas.

Dear blog,
                Macam macam dah berlaku kat aku, sejak 4 bulan masuk tahun baru nie. Aku bercuti tahun nie ke United kigdom dan lawat Paris. Kota idaman aku tuh Paris (lah sangat!). Haha. Post lain kali kalau aku ada masa aku cerita suasana bercuti ke sana.

                Oh blog, tahun ini aku lebih bernyawa dari tahun lalu. Kalau tahun lalu, setahun aku rasa seperti mayat hidup. Bukan lah terlantar sakit seperti orang ada penyakit chronic. Tapi aku lebih memilih untuk terbaring dan ponteng kuliah. Secara jujurnya aku sendiri tak ingat apa yang aku buat dalam hidup aku sepanjang aku tahun 4. Haha

                Tahun nie aku jatuh cinta. Lol. Ok ayat di situ agak bombastik dari biasa. Bukan lah jatuh cinta, cuma nak belajar nak mencintai. Kahkahkah. Ok agak geli lagi sekali disitu, aku yang menaip nie pon perut rasa macam nak cramp baca ayat sendiri.  Cuma aku nak belajar mencintai Pencipta manusia. Berhenti berharap pada manusia. Aku masih lagi merangkak mencari jalan macam mana nak mulakan hidup baru.
Ya ada ketika, aku akan terbaring termenung kenangkan dosa lama, kisah lama sampai tak terbangun sebab termenung. Banyak salah silap aku yang aku buat, aku buat orang kecewa dan yang paling pedih, aku sendiri telah buat diri aku terlalu kecewa dengan diri sendiri.

                Aku akan cuba luangkan masa lebih dengan kau blog, ya macam dulu dulu, sentiasa karang rasa hati,jiwa dan raga. Untuk tatapan aku bila aku dah tua nanti kalau aku panjang umur.  

                Baru tadi aku kena bebel dengan sepupu sendiri sekejap ada facebook, kejap hilang. Tiap kali kena cari aku deactivate fb, dah lah penat aku lari macam pelarian, lepas nie kalau kena cari lagi aku block saja dia.

                Sampai sini saja, lusa aku exam OSCE. Tatatititutu~