April 19, 2013

#five broken heart (BKS)



Kitorang dah 24 jam tak contact.


Aku tak nak.

Sudah.
aku monolog dalaman,
Tapi itu yang terkeluar dari mulut aku.




Apa faz?



Takda apa apa, abaikan. Hehe


Bila kau pernah rasa jatuh,
Kau akan takut,
Takut akan jatuh lagi kali ke dua,
Ke dalam gaung yang sama.
 (acecece)


Hari isnin lepas,
Hari pertama round cardiolody di hospital sebelah rumah aku.

Doktor cerita pasal broken heart syndrome.

Aku ingatkan kata kata doktor tuh hanya melawak.



Jantung : heart : love
(logikkan?)


Tak sangka kan?

Broken heart syndrome (BKS) : Takotsubo cardiomyopathy
Tako tsubo :  bermaksud “octopus pot” dalam bahasa jepun.
Cardiomyopathy : disease of cardiac muscle.

Apa yang terjadi di jantung yang ada BKS ini?
Akibat terlalu “emotionally stress” orang yang ada BKS ini akan sentiasa secrets cathecolamine (adrenaline dan noradrenaline)

Biasanya : Adrenaline dan Noradrenaline nie akan akan mengalir di dalam sakuran darah ketika status badan kita dalam keadaan bersenam, kena kejar anjing [senang cerita dalam keadaan badan yang aktif tapi dalam kadar tempoh tertentu].Cathecolamine nie akan buat jantung kita berdenyut lagi cepat untuk pump darah ke seluruh badan kita.

Apa yang terjadi dalam orang yang ada BKS nie,  cathecolamine nie akan sentiasa mengalir dalam badan diorang. Bayangkan jantung orang yang ada BKS tuh akan sentiasa berdenyut laju macam tengah bersenam. Jantung tuh akan berkerja lebih sikit, mengakibatkan saiz myocardium (otot jantung) akan membesar due to increase work, tapi menjadi semakin lemah sebab tak ada rehat.

Maknanya : bila orang yang ada “broken heart” extravaganza nie, jantung dia akan menjadi lebih besar,  bukan lebih kecil. uuhuuuu~ O.O

Selain dari itu penyakit lain disebabkan putus cinta terlampau ialah :-
A.      Acute heart failure
B.      Lethal venticular arrythmia
C.      Venticular rupture

Menakutkan kan?

itu saja untuk hari ini.

ps : kali pertama aku tulis entry blog kena rujuk buku.
hahahahaha