April 28, 2013

#six POLITIK.



Aku tak suka dengan tajuk aku,
Tapi sekarang musim nk mengundi,
Timeline fb aku akan dipenuhi dengan status status, printscreen, note note tentang politik,
aku untuk mengelak busuk hati.
(sebab bila baca komen maki maki, kutuk kutuk dalam hati aku akan ikut mengutuk)
Aku tahankan hati aku dari baca benda benda yang orang share di facebook.


Tapi tadi aku TERbaca jugak, statement NormanKRU pasal PAS.
Aku taklah nak pilih kasih kepada mana mana parti,
sebab bagi aku, setiap parti ada misi dan visi yang mereka sendiri nak pertengahkan, untuk membawa kebaikan kepada tempat yang mereka nak naik-kan itu.
Tapi yang membezakan kan, tengok siapa yang PERINTAH. Kalau seandainya parti molek pon, kalau pemerintah yang pegang tuh jenis suka menyalahgunakan duit raya, hasil dia sama jugak kan membawa kerugian pada rakyat? (pandangan aku lah)

Pada suatu hari,
masa awal awal Mursi memerintah Mesir, aku duduklah lepak dengan jiran jiran rumah bawah dan atas aku teman mama (tuan rumah) nak belajar buat kek.
(aku sebenarnya dari bawah, betulkan fius elektrik rumah aku, dengar suara orang berborak dari depan pintu rumah jiran, aku ketuklah nak join) *tak tahu malu*

Kat situ, mama cerita

* ARAB + ENGLISH = ARLISH. Nanti aku yang tulis tak paham, kome yang baca lagilah tak paham! HAHAHAHA


Saya tak suka Mursi memerintah, sy dan suami saya selalu gadoh hari tuh, ye lah suami saya anak kepeda orang antara pemerintah IM (ikhwana muslimin) Zagazig.

Why why? Why israk u dont like mursi? – jiran aku menyapa

Ya lah, kalau-lah kita biar mursi memerintah, nanti negara kami akan jadi macam suadi arabia, semua perempuan kena pakai Niqab, di media massa nanti kat tv perempuan tak boleh sudah jd pengacara dalam tv. Korang semua orang Malaysia mesti semua sokong mursi. Kami nak jadi macam Malaysia, macam negara lain, BEBAS.

Korang dapat idea semua nie macam mana? Siapa cakap mcm tuh. -aku

Dalam tv, late show, saya kan suka tido lewat. Kalau malam malam ada talk show akan cakap pasal keburukan kalau Mursi memerintah.

Ok israk,sy  tak nak kmu pandang mesir, pandang Malaysia. Saya bagi contoh tempat saya tinggal. Sama macam Iswari, kami orang T-A-W-A-U. Salah satu bandar dekat malaysia. Israk nak tahu israk, sebab tak ada pemerintahan Islam yang ketat la, aku ada beberapa kawan yang murtad, dulu waktu sekolah islam, bila membesar keluar dari agama islam.

Serius negara kamu ada orang yang murtad?

Tidak lah besar besaran, ini Cuma contoh bandar saya dan Iswari saja, kalau di bandar Hani dan nissak saya tak boleh komen, sebab kami dari tempat berbeza. Cemburu sebenarnya dengan korang dapat pemerintah yang nak mengamalkan ajaran Islam. Kalau kami, siapa yang betol betol mencari dapatlah, tak lah semua macam tuh. Nak hidup bebas, di bandar kami, ada pub, kelab malam, arak senang senang boleh dapat. Semua orang hidup bebas, nama saja negara Islam, tp yang minum arak pon orang Islam jugak. Kamu nak negara kamu bebas macam tuh? Islam hanya atas pada nama? Bagus apa hidup dengan amalan dan budaya Islam terapkan, ingat islam tuh indah. Tak kan kamu nak mesir macam tuh?

Lepas tuh israk geleng kepala,
Kami ubah topik tentang kawin campur, orang mualaf dan orang sedia islam.
Tuan rumah aku cakap,
Kat mesir kalau kawin ngn mualaf, itu suatu benda yang sangat sangat lah jarang.
Tahulah perempuan, dah cakap pasal politik, lepas tuh kami rancak cerita pasal kawin pulak.


Kadang kadang yang aku tengok, seperti orang islam sendiri yang Islamophobia.
Wiki : Islamophobia is prejudice against, hatred towards, or irrational fear of Muslims

Banyak yang mempengaruh, dan banyak terpengaruh. Dan banyak jugak yang takut dengan perubahan,
Sebab bagi mereka, mereka dah selesa dengan status hidup mereka sekarang.

Untuk elak cepat sangat terpengaruh, tapis dulu info info yang kita dengar sebelum kita hadam dan terima, nasihat kak chaq dulu kat aku.

Yelah, aku jenis senang betol terpengaruh. Bahaya bahaya.

orang malaysia,
selamat mengundi *kenyit mata*