May 12, 2013

Dear Mama.



Dear mama,

Mama tahu, waktu kecil kecil dulu, adik nie rajin tenung kaki mama. Adik nak tengok syurga itu dimana, kadang kadang bila mama tido, adik belek lah jari kaki mama, mana tahu adik jumpa syurga. Tapi tak pernah jumpa jawapan. Adik tak paham, kenapa syurga tuh di bawah tapak kaki ibu. Adik buka stoking papa kalau balik kerja, mana tahu kat sana jumpa jugak syurga. Tapi masih lagi tak jumpa apa apa jawapan.

Mama nak tahu, makin adik besar, adik faham kenapa orang kata syurga itu di bawah tapak kaki ibu. Bertuahnya adik rasa, diberi peluang merasa syurga di bawah tapak kaki mama, untungnya adik, dilahirkan menjadi anak mama. Adik bersyukur dapat rasa kasih sayang mama.

Mama tahu, bila adik cakap, cita cita sebenarnya adik suri rumah, banyak orang ingat adik main main. Tapi sejujurnya, adik memang nak jadi suri rumah, sebab adik nak anak anak adik dapat rasa kasih sayang, kasih sayang yang sama macam mama berikan kepada adik, adik adik dan abang. Bangun pagi, buka mata nampak mama, mama siapkan pergi sekolah, balik sekolah mama sambut depan pintu.

Terima kasih ma, kerana beri kasih sayang yang tak pernah kurang kepada adik.
I love u. Dulu, kini dan selamanya. I will always love u ma.
Mama, wanita terkuat yang adik kenal.
Selamat hari ibu, Mama.