December 09, 2013

Random.




Rutin harian aku,
Makan mesti berteman.
Siapa pon teman, kalau diorang tak nak makan, takpa, aku akan paksa tenung aku makan pon cukup.
HAHA

Cuti sekolah hari tuh,
(kunun-kunun masih di zaman skulah kunun)

Aku duduk di meja makan,
Bersama bonda tercinta.

Bercerita, tentang kehidupan.
Tentang kisah hidup bonda ketika zaman kecil-kecil beliau.

Dari kecil, aku tahu bahawa mak aku ada 3 orang adik-beradik yang meninggal masa mak aku di bangku sekolah, tapi tak pernah berani nak tanya.

Tapi mungkin bila umur dah miningkat, kita akan makin rapat dengan ibubapa kita.
Jadi sesi hati ke hati lebih senang dari dlu.

Jadi mak aku mulakan bicara tentang adik-adik dan kakak mak aku yang meninggal masa mak aku skolah rendah.

Semua meninggal masa mak aku di sekolah.
Punca-nya yang mak aku ingt, adalah disebabkan demam.

Lepas mak aku cerita.
Aku senyum pandang mak aku.
InsyaAllah kalau aku ada anak lelaki. Smuanya aku akan namakan ikut nama adik-adik mak aku yang telah tiada.


Moga suatu hari nanti.