June 16, 2014

SAKIT

Hai 2014.

Ok terlewat 6 bulan dari 2014,
2014, baru 6 bulan berlalu, tapi aku kadang-kadang rasa sekarang masih lagi 2013, 

ok hyperbola yang terlebih sangat sudah.

Baru 6 bulan, tapi macam-macam da berlaku. Lagi beberapa minggu akan tiba ke tanah air.
Hati teruja sikit, sikit lagi dapat sambut birthday kat tanah air.
Sepanjang aku kat mesir 6 tahun, tahun nie aku balik Malaysia paling awal dari biasa. Ha ha ha (nada riak ya)


Hari ini sangat menyakitkan, sangat sakit.
Aku sakit gigi, sampai tahap bukan mulut saja sakit, sampai ke telinga aku rasa sikit lagi nak tercabut.
Kat kelas tadi pon aku minta kebenaran kat doktor untuk balik, sebab tak tahan sakit gigi sampai tahap tak dapat fokus.

Yang amazingnya doktor kasi balik dengan alasan itu. Hewhewhew.

tapi nak dijadikan cerita, aku sekarang pakai braces, sebab terlalu sakit td, aku paksa diri tido siang.
Bangun-bangun dari tido, aku makan. Habis makan tu aku sedar cangkuk braces aku tercabut, tak tahu la aku tertelan masa tido tadi atau makan tadi. Sadis betol kan.

Ok itu jak.

Nak cakap satu ayat jak

Sakit gigi pon sakit nak mampos! Kalau neraka aku tak terbayang la sakitnya macam mana

Nak tahu apa lagi tragis jadi hari nie?

Kipas aku nak terjatuh, jadi untuk mengelak kipas aku jatuh ke lantai (berharga ok kipas di musim panas ini)
Aku pergi sambut kepala kipas guna tangan. jari-jari aku terselit didalam bilah kipas yang bergerak laju dalam kelajuan maksimum.

*nangis*